Mourinho: “Dia Berlari Ke Arah Saya Menuntut But RM3,780 Seperti Dijanjikan”

AS Roma dan Jose Mourinho nampaknya mempunyai bintang masa depan selepas pemain berusia 18 tahun Felix Afena-Gyan menjaringkan dua gol lewat pada aksi Ahad lalu untuk memastikan kemenangan 2-0 untuk pasukan lawan menentang Genoa.

Pemain dari Ghana itu masuk sebagai pemain gantian lewat dalam permainan. Kepercayaan Mourinho terbalas apabila Felix menjaringkan dua gol.

Ketika itu Mourinho memiliki pemain seperti Zaniolo di bangku simpanannya. Namun pengurus itu memutuskan untuk memasukkan Afena-Gyan.

Gol pertama adalah dari dalam kotak penalti. Manakala untuk gol kedua, Afena-Gyan mendapat bola beberapa meter di luar kawasan penalti Genoa, dan melepaskan rembatan roket yang melepasi gol Salvatore Sirigu yang tidak berdaya.

Sebelum perlawanan Ahad lalu, penyerang tengah itu hanya membuat dua penampilan Serie A untuk pasukan senior Roma, sebelum ini dia memang penyerang yang prolifik dalam skuad remaja AS Roma.

Afena-Gyan kini memberikan Mourinho pilihan tambahan dalam serangan, yang sudah disokong oleh bekas pemain Chelsea, Tammy Abraham.

Pemain itu segera mengucapkan terima kasih kepada pengurusnya selepas perlawanan Genoa, dengan bekas pengurus Spurs dan Man United menunjukkan kepercayaan yang tinggi dalam melakukan pertukaran yang memenangi perlawanan.

“Saya bersyukur kepada Tuhan atas peluang ini yang dia berikan kepada saya. Terima kasih kepada pasukan, jurulatih, peminat, rakan rakan atas sokongan mereka yang luar biasa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ibu, dia berada di Ghana, saya sayang kamu,” kata Gyan kepada DAZN selepas tamat perlawanan.

Felix berlari terus ke garisan tepi padang untuk memeluk Mourinho selepas gol keduanya, yang menaikkannya pangkat daripada pasukan remaja Roma Primavera berikutan beberapa kecederaan pasukan utama.

“Mourinho seorang yang hebat, pengurus yang hebat dan jurulatih yang hebat. Dia memberi anda motivasi untuk belajar setiap hari. Saya sangat gembira dia berada di sini,” tambahnya.

“Malam ini adalah impian yang menjadi kenyataan. Ia adalah gol pertama saya, saya berharap untuk masa yang sangat lama.”

Mourinho kemudian berkongsi apa yang dikatakan oleh pemain muda itu ketika berlari dan memeluknya di tepi padang.

Mourinho berkata: “Saya dah berjanji saya akan membelikan dia sepasang kasut bola sepak idamannya kalau dia bermain dengan baik. Sangat mahal, dalam 800 euros (RM3,780). Sebab itu dia berlari ke arah saya dan mengingatkan saya agar tidak lupa dengan janji saya.”

Baca yang lain