Mourinho Guna 14 Minit Rayu Balotelli Jangan Buat Hal: “Minit Ke-46, Dia Kad Merah”

Mourinho pernah ketika berkongsi cerita kenangan yang dulu dianggap ngeri namun bila dikenangkan semula ianya menjadi lucu.

Dia berkongsi bagaimana dia meluangkan 14 minit daripada 15 minit masa rehat hanya untuk merayu agar Balotelli tidak menerima kad kuning kedua.

Namun usahanya sia sia. Hanya pada minit ke-46 pemain itu sudah kad merah.

Mourinho mendedahkan cerita itu ketika dia membeli dan memberikan komen tentang buku Balotelli. Dan Mourinho melabel buku autobiografi itu sebagai: “Buku yang kelakar dan buku yang bagus.”

“Dia budak yang baik masa saya di sana. Dia seorang yang perlukan sokongan dan dorongan daripada pemain senior.”

“Kerana bagi saya untuk mendidik pemain muda seperti dia, tidak terhad kepada pengurus-pemain, tetapi perlukan pemain-pemain juga.”

“Saya sentiasa percaya, sangat penting orang di sekeliling membantu pengurus dalam proses seperti ini.”

“Saya boleh menulis buku 200 muka surat berkenaan dengan pengalaman saya di Inter bersama Mario. Buku itu boleh menjadi drama atau komedi,” tambah Mourinho lagi.

Kad merah minit ke-46

Jose Mourinho seterusnya berkongsi cerita yang berlaku di Kazan, Di mana dia ketika itu cuma ada Balotelli sebagai penyerang senior selepas kehilangan pemain seperti Digeo Milito dan E’too.

Ini cerita The Special One:

“Saya masih ingat, ketika kami pergi ke Kazan untuk aksi UCL. Dalam perlawanan itu, semua penyerang saya cedera. Tiada Diego Milito, tiada Samuel Eto’o, saya benar benar dalam masalah kerana cuma ada Mario sahaja.”

“Mario dapat kad kuning minit ke-42. Ketika di bilik persalinan untuk rehat, saya meluangkan 14 minit daripada 15 minit rehat hanya untuk bercakap dengan Mario.”

“Saya kata kepada dia: ‘Mario, saya tak dapat ubah kamu, tapi saya sekarang tak ada penyerang lain dah. Jadi, jangan sesekali sentuh pemain lain, hanya bermain dengan bola. Jika kamu hilang bola, biarkan saja, jangan bereaksi.”

“Jika ada orang provok kamu, abaikan, jika pengadil buat kesilapan, abaikan je.”

“Dan kemudian minit ke-46, — kad merah!”

Balotelli memang pemain berbakat namun seringkali menimbulkan masalah. Siapa akan lupa aksi luar biasanya ketika berdepan Jerman di Euro satu ketika dahulu.

Jika dia lebih berdisiplin dan fokus kepada bola sepak, tidak mustahil dia akan berada di puncak tertinggi lebih lama.

Baca yang lain