Jose Mourinho memberitahu peminat Fenerbahce bahawa mereka tidak perlu risau, Kerana dalam rekodnya dia ada sejarah di mana dia akan membantu kelab yang dia uruskan menjuarai trofi kecuali Spurs, kata beliau.
Mourinho berkata: “Apa yang mereka panggil tu, Mourinho Effect? Trofi, piala. Kita tak akan dapat menang trofi pada September. Sebab mana ada trofi bulan September.
“Di setiap kelab yang saya uruskan, saya memenangkan trofi untuk mereka. Kecuali Spurs. Sebab mereka yang tak nak trofi. Saya dipecat 2 hari sebelum final.
“Di setiap kelab yang saya urusukan, effect yang saya berikan adalah piala.”
Jose Mourinho kini mengendalikan Fenerbahce. Dan dia mahu membantu kelab itu menamatkan kemarau kejuaraan liga sejak 2014. Di mana mereka menjadi naib juara sebanyak 3 musim berturut turut sebelum ini.
Mourinho mengejutkan ramai pihak ketika dia menyertai Fenerbahce. Dan dia sudah berikrar akan memberikan kelab itu piala. Sambil dia menegaskan bahawa dia mahu kembali merasai momen mencabar kejuaraan liga. Perkara yang dia sudah lama tidak lakukan ketika bersama Spurs dan Roma.
Jose Mourinho secara terbuka menyatakan dia tidak mencabar kejuaraan liga pun ketika di AS Roma dan Spurs. Sambil menyatakan dia merindui perasaan untuk menjadi pesaing kejuaraan liga seperti dulu.
Malangnya, kariernya di Spurs dan Roma dianggap tidak ada hala tuju yang jelas dalam perebutan piala. Kini Mourinho gembira kerana bersama dengan Fenerbahce dia akan merasai semula perasaan untuk bersaing merebut kejuaraan liga seperti mana ketika dia bersama dengan kelab seperti Real Madrid, Chelsea dan ketika di Man United juga dia berjuang untuk merebut gelaran liga.
Mourinho dianggap sebagai salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman. Dan dia memiliki banyak kejayaan. Ketika bersama Spurs dia gagal untuk menang sebarang trofi. Ketika bersama Roma dia berjaya membantu kelab itu menjadi juara UEL. Namun Mourinho anggap kejayaan itu seperti satu keajaiban semata mata. Ianya bukan kerana mereka yang mahu menang.
Mourinho menyalahkan budaya di dua kelab itu yang dianggap tidak bersungguh sungguh dalam usaha memenangi piala.
“Apa yang menyebabkan saya menerima tawaran Fenerbahce adalah saya merindui detik bermain untuk menang piala. Berlatih untuk menang piala. Di Roma, saya tidak bermain untuk menang piala di sana.
“Roma bermain untuk menang liga, hanya kerana kamu wartawan menulis kami bermain untuk menang sebab ada saya di sana masa tu kan?
“Tapi itu tak betul pun. Tidak banyak yang berubah di sini pada hari pertama saya tiba sehingga ke akhir. Kami memenangi sesuatu di Eropah. Itu perkara yang agak di luar kotak. Namun di peringkat domestik kami gagal bersaing.
“Fenerbahce bergelut di peringkat Eropah, jelas sekali, namun di peringkat domestik, sejarah menunjukkan Fenerbahçe, Besiktas, Galatasaray, kadangkala Trabzonspor sentiasa bersaing berebut menjadi juara liga. Itu perkara yang memberikan saya motivasi.
🗣️ Jose Mourinho: "I didn't play to win at Roma. You always have to say that you have to play to win but it's not true and nothing changed after I left… I missed challenging for a league title at Roma and Tottenham. I was missing it." pic.twitter.com/BfnIOrZieV
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 8, 2024
“Saya tidak lagi merasai perasaan itu ketika di Roma, di Spurs, dan saya merindui detik tidak kehilangan mata dan sentiasa bermain untuk menjadi juara.
Mourinho tidak risau dengan pasukannya yang ada. Kerana menurutnya dia tahu Fenerbahce ada DNA mereka sendiri untuk bersaing dengan lawan mereka tak macam Roma dan Spurs.