Jose Mourinho tidak dapat menahan sabar dan melemparkan kritikan ke atas gol Nicolo Zaniolo yang tidak dibenarkan pengadil. Dia menganggap AS Roma telah diperlekehkan oleh pengadil dalam perlawanan ini.
AS Roma seri tanpa jaringan 0-0 dengan Genoa di Olimpico. AS Roma ternyata pasukan yang lebih dominan dalam perlawanan ini. Namun penyudah sangat mengecewakan.
Namun asakan berterusan dari Roma hanya membuahkan hasil pada minit ke-90, apabila rembatan Nicolo Zaniolo menerjah jaring Genoa. Malangnya, gol tersebut telah disemak oleh VAR dan ianya dibatalkan kerana ada kesalahan yang dilakukan oleh Tammy Abraham, apabila pemain itu dikatakan telah memijak Johan Vasquez.
Roma akhirnya juga terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Zaniolo dibuang padang kerana membantah keputusan pengadil. Jurulatih AS Roma Jose Mourinho pada mulanya enggan bercakap mengenai insiden itu dalam temu bual selepas perlawanannya. Namun dia tidak dapat menahan dirinya untuk tidak bercakap tentangnya.
“Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu. Saya boleh mengulas mengenai perlawanan itu, tetapi bukan mengenai gol atau kad merah untuk reaksi selepas itu. Saya lebih suka mengelak perkara ini. Kita boleh bercakap tentang perlawanan, tetapi saya lebih suka untuk tidak melakukannya. bercakap mengenainya,” katanya kepada DAZN yang dipetik oleh Football Italy.
Mourinho telah memuji prestasi Genoa, yang dia anggap layak untuk mendapat satu mata selepas berjuang habis-habisan untuk cuba mengelakkan diri dari zon penyingkiran. Dia turut mengakui sukar untuk Roma merobek benteng pertahanan pelawat.
Namun tidak lama selepas itu Jose Mourinho mengeluarkan komen juga tentang gol yang dibatalkan dan kad merah Zaniolo.
“Jika pengadil membuat keputusan yang tepat, maka sukan kita ini, yang bertahun-tahun lalu menjadi sukan yang digemari orang ramai, telah berubah. Ini adalah sukan yang berbeza. Berbeza sekarang ini,” sambung Mourinho.
“Jika ia [kontak oleh Tammy Abraham] dianggap satu kesalahan, maka ini bukan lagi bola sepak, kita perlu memanggilnya dengan nama lain. Kita memerlukan nama lain, kerana sukan ini berbeza dengan bola sepak yang kita kenali selama ini.”
Menurut Mourinho, Tammy Abraham tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya pemain lawan yang menyepaknya.
Nicolo Zaniolo GOAL
SERIE A MERDA pic.twitter.com/znZylDwN8x
— Lupo TV (@LupoTVofficial) February 5, 2022
“Jika pengadil melakukan kesilapan dengan tidak membenarkan jaringan, dia akan menjadi orang pertama yang kecewa kerana melakukan kesilapan, manakala bagi Roma ia adalah Deja Vu, kerana ia telah berlaku kepada kami banyak kali musim ini.”
“Terdapat juga pilihan ketiga iaitu Roma dianggap ‘kerdil’ di mata mereka yang berkuasa [pengadil]. Saya akan berhenti di situ, kerana Mourinho yang tiba di sini tujuh bulan lalu mempunyai profil berbeza berbanding sebelum ini,” tambah beliau lagi.
Tidak berhenti di situ, Mourinho turut meroyan tentang kad merah diterima Zaniolo hanya kerana dia mencarut. Di mana Zaniolo telah menyebut W T F kepada pengadil ataupun persetubuhan apakah.. sambil kehairanan kenapa pengadil meniup wisel foul?
Mourinho mempersoalkan, jika pemain lain dari pasukan lain yang dilayan lebih baik dari Roma seperti AC Milan dan Juve, adakah pengadil akan mengarahkan pemain pemain tersebut keluar dari padang hanya kerana kesalahan mencarut seperti itu?
Beliau menambah: “Zaniolo dibuang padang hanya kerana dia menyebut persetubuhan apakah ini [W-T-F] kamu meniup wisel foul? [ditujukan kepada referee].”
“Sekarang beritahu saya, adakah Chiellini di Stadium Juve atau Zlatan di San Siro akan dibuang padang hanya kerana mereka menyebut carutan seperti itu?”
Keputusan seri ini membuatkan Roma terus tersekat di luar 4 teratas dalam carta liga. Berada di tangga ketujuh.