Mourinho: “Kami Tak Kalah Final UEL Di Budapest”

Pengurus AS Roma Jose Mourinho sekali lagi menyatakan bahawa pasukannya tidak pernah kalah dalam final Europa League musim lalu di tangan Sevilla.

Mourinho sebelum ini dikenakan tindakan oleh UEFA selepas dia menyerang pengadll di tempat letak kereta dengan menyatakan bahawa pengadil final Europa League sebagai memalukan.

Pengurus Roma, Jose Mourinho pula menyalahkan pengadil punca AS Roma kalah dan mendakwa mereka sekali lagi dirompak oleh pengadil, Anthony Taylor.

Provoaski Mourinho itu dilaporkan antara punca Taylor dan keluarganya diserang peminat Roma di lapangan terbang selepas itu.

Mourinho kalah buat pertama kali dalam aksi final Eropah selepas 5 kali menang berturut turut.

Sevilla  sebenarnya ketinggalan selepas gol pembukaan separuh masa pertama Paulo Dybala di Budapest.

Namun begitu, Sevilla berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila pertahanan Roma Gianluca Mancini menjaringkan gol sendiri.

Masa tambahan tidak dapat memisahkan pasukan dan perlawanan dilanjutkan ke sepakan penalti di Puskas Arena.

Kontroversi Taylor vs Mourinho

Sevilla juga menyangka mereka mendapat penalti ketika berbaki 15 minit selepas pengadil Anthony Taylor memutuskan bahawa Ibanez telah menjatuhkan Lucas Ocampos tetapi keputusan itu dibatalkan oleh VAR.

Anthony Taylor sekali lagi menjadi perhatian apabila AS Roma meminta penalti sekali lagi, di mana jelas sekali pemain Sevilla handball. Namun tiada penalti diberikan.

Insiden yang membuatkan Mourinho sangat marah. Kerana jelas bahawa pemain Sevilla mengendalikan bola dengan tangan. Insiden yang disahkan UEFA sebagai kesilapan pengadil selepas itu.

Bukan sahaja dalam 120 minit yang sarat drama, namun pada penentuan penalti pun ada drama.
Usaha Montiel berjaya diselamatkan oleh Rui Patricio namun sepakan itu diarah dibuat semula selepas kesalahan penjaga gol keluar dari garisan dan kali ini pemain Argentina itu tidak melakukan kesilapan.

Selepas tamat perlawanan, Jose Mourinho ternyata bengang dan menganggap kemenangan mereka dirompak. Mendakwa AS Roma sepatutnya mendapat satu sepakan penalti,

Terutama sekali ketika insiden handball.

Mourinho malah menyerang pengadil di lot parkir dengan mencarutinya.

Selepas tamat perlawanan. Mourinho berkata kepada wartawan:

“Saya nak terus kekal di AS Roma. Namun pemain saya dan saya sendiri, berhak mendapat lebih baik.”

“Pengadil mungkin orang Sepanyol, sebab tu banyak sekali kad kuning di layangkan untuk kami.”

“Saya agak letih menjadi pengurus, ketua komunikasi, wajah kepada kelab ini yang menyatakan kami dirompak pada setiap perlawanan. Saya dah letih.”

“Tahun depan kami tak akan bermain di UCL dan ianya bagus sebab kami tidak layak bermain di sana.”

“Dan semoga pengadil Anthony Taylor, hanya mengendalikan perlawanan di UCL kemudian melakukan beberapa perkara bodoh yang dia buat malam ini, dan jangan lakukannya di Europa League.”

Baru baru ini, Mourinho mengulangi kembali pendiriannya. Menurutnya, dia tak pernah anggap Roma kalah dalam final UEL 2022/23 di Budapest.

Hakikatnya kemenangan mereka dirompak pengadil bernama Anthony Taylor.

Jose Mourinho menegaskan: “Saya akan terus berkeras menyatakan perkara ini sehingga hari terakhir saya menjadi pengurus. Kami [Roma] bukannya kalah dalam final Europa League lawan Sevilla.”

“Kami tidak kalah dalam aksi final di Budapest itu, dan saya tak akan mengubah fikiran saya.”