Mourinho Katakan ‘Tidak’ Kepada PSG

Jose Mourinho dikaitkan dengan jawatan di PSG. Pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi melihat Mourinho sebagai calon paling layak dalam membantu merealisasikan impian mereka untuk menjulang UCL pada musim akan datang.

Masa depan Mauricio Pochettino terus menjadi tanda tanya. Pochettino berjaya membawa Les Parisiens merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim 2021/22. Mereka juga memenangi Piala Perancis.

Walaubagaimanapun, pencapaian ini dianggap belum cukup memuaskan bagi pengurusan PSG. Ini kerana PSG menjadikan UCL sebagai sasaran utama mereka. Lebih lebih lagi PSG melabur wang yang besar pada Lionel Messi.

Messi dibawa masuk musim ini ke PSG selepas terpaksa dilepaskan oleh Barcelona.

Selain Messi, nama nama seperti Donnarumma, Gini Wijnaldum dan Sergio Ramos turut memperkuat PSG pada musim ini.

Skuad yang serba lengkap ini dianggap akan mampu untuk menamatkan penantian sekian lama PSG.

PSG terus kempunan UCL

Malangnya, hasil yang dikehendaki oleh PSG masih tidak kesampaian. Nasser Al Khelaifi sebelum ini tidak teragak agak memecat pengurus yang gagal memenangi UCL walaupun mereka menjuarai Ligue 1.

Ini kerana PSG merasakan Ligue 1 adalah perkara yang biasa dalam sasaran mereka. Berdasarkan jurang kekayaan pasukan mereka berbanding pencabar pencabar yang lain.

Setakat ini terdapat beberapa nama yang dikhabarkan bakal menjadi calon pengganti Mauricio Pochettino di PSG. Salah seorang daripada mereka ialah Jose Mourinho.

Menurut laporan Daily Mail, Mourinho benar-benar salah satu daripada calon yang dipertimbangkan PSG.

Gergasi Perancis itu menilai pengurus Portugis itu sesuai dengan keperluan mereka. Lebih lebih lagi rekod Mourinho di Eropah sangat luar biasa.

Baru baru ini dia membantu AS Roma menjuarai Liga Persidangan Eropah. Menjadi pengurus pertama memenangi 3 piala eropah di peringkat kelab iaitu UCL, UEL dan UECL.

Mourinho tidak dapat menahan air matanya ketika meraikan kejayaan tersebut.

PSG serius mahukan Mourinho

PSG mahukan jurulatih yang boleh memberi mereka peluang besar untuk memenangi Liga Juara-Juara. Mourinho sebelum ini pernah memenangi Big Ear sebanyak dua kali.

Lebih lebih lagi selepas Zinedine Zidane masih tidak menunjukkan tanda tanda dia berminat untuk menyertai PSG.

Zidane masih menunggu peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis.

Dan pada masa yang sama, beberapa laporan minggu lalu menyebut bahawa Zidane tidak gembira dengan struktur pentadbiran di PSG yang membataskan kuasa pengurus.

Lebih lebih lagi pemain seperti Mbappe dijadikan sebagai pemain yang memiliki suara lebih besar dari pengurus.

Seterusnya, mereka beralih ke arah Mourinho yang ada rekod cemerlang dalam pertandingan Eropah.

Jose Mourinho sendiri dilantik sebagai jurulatih AS Roma pada permulaan musim 2021/22. Pengurus yang sudah pun berrusia 59 tahun itu terikat dengan kontrak sehingga 2024.

Dan terbaru pengurus dari Portugal itu menyatakan bahawa dia tidak berminat dengan PSG. Fokusnya sekarang adalah kepada AS Roma.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Mourinho kini sangat bersemangat untuk meneruskan projek yang telah dia bina bersama dengan AS Roma.

Lebih lebih lagi AS Roma terus menyokongnya mendapatkan pemain yang dia mahukan termasuk Svilar dan Nemanja Matic.

Bukan itu sahaja, Jose Mourinho malah menyatakan di AS Roma dia merasai diri dia disayangi dan dihormati sejak hari pertama, sama ada oleh penyokong ataupun pentadbiran tertinggi kelab tersebut.

Buat masa ini dia sangat selesa di AS Roma. Dia malah tidak berdepan dengan masalah bilik persalinan seperti di Manchester United sebelum ini – setakat ini la.

 

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai