Mourinho Klaim Dia Menang 25.5 Trofi, Yang Separuh Itu Dengan Spurs

Jose Mourinho seakan akan melepaskan kekecewaannya dipecat oleh Spurs beberapa hari sebelum final Piala Carabao.

Menurut Jose Mourinho, beliau sepatutnya berhak menerima layanan yang lebih baik dan lebih kehormatan.

Dan beliau mengklaim bahawa dia sudah ada 25 setengah trofi dalam kariernya. Setengah adalah daripada kejayaan membawwa Spurs mara ke final Piala Carabao.

Jose Mourinho mengendalikan Tottenham Hotspur hanya 17 bulan. Kegagalan mara lebih jauh dalam aksi UEL serta prestasi bergelut dengan pertengahan carta liga membuatkan beliau dipecat.

“Anda boleh bertanya kepada saya berapa banyak piala yang telah saya menangi sebagai jurulatih, iaitu 25 setengah,” kata Mourinho dalam sesi dengan wartawan yang pertama sejak menjadi pengurus AS Roma.

“Saya berpeluang menghadiahkan sebuah trofi kepada sebuah kelab yang sudah lama tidak memenangi apa-apa. Tetapi impian itu telah terkubur,” sambung beliau lagi.

Jose Mourinho memiliki rekod cemerlang dalam memberikan trofi kepada pasukannya. Malang sekali di Spurs beliau gagal melakukannya. Tetapi Mourinho tetap menganggap beliau memenangi separuh trofi di Spurs.

Mourinho pernah menang UCL bersama dengan Porto dan Inter Milan. Kemudian memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea serta Piala UEL dengan United. Itu antara sebahagian pencapaian The Special One.

Paling mengagumkan adalah kejayaan membawa Inter menjulang treble dan juga membawa kelab kerdil seperti Porto menjuarai UCL.

Jose Mourinho akan memulakan cabaran baharu dengan AS Roma. Sekaligus menolak peluang beliau ke Liga Perancis ataupun Bundesliga.

Mourinho sebelum ini sudah menguruskan Chelsea, Spurs di England, Inter Milan di Itali, Real Madrid di Sepanyol dan Porto di Portugal.

Lalu wartawan nak tahu adakah destinasi beliau seterusnya, sama ada Jerman ataupun Perancis?

Ternyata soalan itu tidak menarik minat Mourinho langsung. Malah dia memperlekehkan liga tersebut sebagai terlalu mudah. Dan beliau lebih relah menganggur.

Sanggup ke Itali berbanding ke PSG atau Bayern

Pada 2019, Mourinho pernah dikaitkan dengan Bayern Munich menggantikan Niko Kovac. Dan sebelum itu, beliau juga pernah menuduh Bayern sebagai menggunakan taktik membeli pemain pesaing untuk melemahkan mereka.

Ketika itu Mourinho mengendalikan Man United dan Man City dikendalikan Guardiola. Mourinho menyindir seteru lamanya itu bahawa di EPL untuk membeli pemain dari kelab lain dalam EPL sangat sukar. Ianya memerlukan nilai sangat tinggi.

Malah ada kelab kelab yang berseteru seperti Man United dan Liverpool, perpindahan pemain sangat sukar berlaku.

Berbeza dengan Bayern di Jerman menurut Mourinho yang membeli pemain pemain seterunya dengan mudah. Ianya sindiran kepada Guardiola yang sebelum itu pernah menguruskan Bayern. Bayern malah suka membeli pemain dari pesaing kejuaraan mereka untuk dibawa masuk pada musim berikutnya. Yang menurut Mourinho merupakan satu pembelian bermotifkan melemahkan pesaingnya.

“Ini bukan Jerman. Di Jerman, Bayern Munich mulai memenangi liga pada musim panas, dan mereka akan pergi ke Borussia Dortmund setiap tahun untuk membeli pemain terbaik mereka.”

“Kamu rasa saya boleh ke Spurs dan membeli pemain terbaik Spurs untuk membunuh Spurs? Di sini tak boleh. Saya tak boleh ke Arsenal untuk mendapatkan 2 pemain terbaik Arsenal. Saya tak boleh ke Chelsea dan membawa masuk 2 pemain yang saya sukai sangat sangat,” kata Mourinho menyindir Bayern yang mendapatkan Gotze dan Lewandowski.

“Zaman itu sudah berakhir dah. Sekarang ini, untuk menjadi juara dengan mulai menyerang dan melemahkan lawan kamu, di negara ini sudah lama dah berlalu zaman macam tu.”

Dan sekarang pendirian Jose tentang Bundesliga masih sama. Dia merasakan liga itu sudah ada auto pemenang. Sambil menyamakan situasi di Perancis dengan apa yang berlaku di Jerman.

“Di Jerman dan Perancis, jika kamu berjaya ke kelab A [Bayern] atau kelab B [PSG], maka ‘takdir’ kamu sudah terus tertulis [menjadi juara]. Di England ianya pertandingan di peringkat tertinggi dengan tekanan tinggi. Liga itu menarik minat saya. Saya tak berminat pergi ke negara yang tiada tekanan langsung [untuk berebut kejuaraan].”

Baca yang lain