Mourinho Klaim Morata, Nacho Dan Carvajal Sebagai Anak Didik Yang Mendapat Debut Daripadanya

Jose Mourinho dengan nada berseloroh mahu klaim kejayaan Sepanyol kerana beberapa bintang yang dia pernah didik ketika mereka masih muda.

Alvaro Morata menjadi kapten pasukan Sepanyol ketika negara itu menjuarai Euro 2024. Dan Jose Mourinho tidak melepaskan peluang nak klaim pencapaian pemain itu dan juga Nacho.

Dia mengucapkan tahniah kepada kejayaan pemain tersebut dan turut mengucapkan tahniah kepada jurulatih yang memberikan pemain pemain itu debut, iaitu Jose Mourinho sendiri.

Mourinho menulis: “Kapten juara UCL 2024, Nacho Fernandez dan kapten Euro 2024, Alvaro Morata. Tahniah banyak banyak kepada mereka dan juga kepada jurulatih yang memberikan mereka debut, ketika mereka masih lagi budak remaja di akademi [selit emoji ketawa].”

“Ada sesetengah jurulatih yang tidak faham, Dani Carvajal pun seorang lagi. Tahniah kepada Mister De La Fuente di atas pencapaian hebat. Pasukan terbaik juara.”

Jose Mourinho adalah pengurus Real Madrid yang menguruskan 3 pemain tersebut ketika mereka masih bergelar pemain muda.

Pada hari ini mereka sudah menjadi pemain senior dalam pasukan Sepanyol. Alvaro Morata menjadi kapten yang membantu Sepanyol juara Euro 2024.

Walaupun ramai yang mempersoalkan pemilihan Morata, namun pengurus Sepanyol, De La Fuente menegaskan Morata dipilih kerana dia adalah pemain paling banyak kaps dalam kumpulan pemainnya di Euro 2024.

Apapun, Alvaro Morata dianggap pemain yang disenangi semua pemain termasuk pemain pemain muda yang berbakat besar seperti Lamine Yamal dan Nico Williams.