Jose Mourinho memberikan komen beliau tentang Jadon Sancho yang tidak sehaluan dengan Erik Ten Hag sebelum ini.
Sancho tidak berpuas hati kerana tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Ten Hag. Dan kemudian melabel pengurus itu sebagai suka menjadikannya kambing hitam.
Ianya berikutan komen Ten Hag ketika itu yang menggambarkan Sancho tidak berlatih dengan baik membuatkan dia disisihkan.
Sancho yang panas hati telah menggunakan media sosial melabel Ten Hag berbohong. Ten Hag yang kecewa dengan sikap Sancho yang mengkritiknya secara terbuka di media sosial telah mengambil tindakan tegas ke atas Sancho.
Sancho diarahkan untuk membuat permohonan maaf. Sancho yang enggan meminta maaf akhirnya dipinjamkan ke Borussia Dortmund.
Ketika di Dortmund dia cemerlang membantu kelab itu mara ke final UCL.
Mourinho berkata: “Dah tentunya budak budak ni buat salah. Namun pengurus juga ada salah mereka sendiri. Pengurus tidak dapat mengeluarkan yang terbaik daripada Sancho. Tiada keraguan tentang perkara itu.
Apa yang berlaku di United, lihat sejarah saya di sana, saya pun kadang kadang gagal [melakukan terbaik] dengan beberapa pemain.”
Ketika di United Mourinho berdepan situasi tidak sehaluan dengan pemain bintang iaitu Paul Pogba. Bezanya ketika itu kelab memihak kepada pemain. Namun untuk Ten Hag, United mengubah polisi mereka dengan memberikan kuasa kepada pengurus untuk menentukan hala tuju pemain.