Jose Mourinho telah memberi amaran kepada Roma bahawa HJK Helsinki menimbulkan masalah yang serupa dengan Bodo/Glimt, kerana ‘bermain di permukaan tiruan, dan ianya bukan bola sepak sebenar, ia adalah sukan lain.’
Beliau berkata begitu sebelul sepak mula antara Helsinki dan AS Roma dalam aksi UEL.
AS Roma berjaya melepasi cabaran bermain di padang tiruan. Dengan kemenangan 2-1 ke atas Helsinki.
Sebelum itu, Giallorossi menang 3-0 di Olimpico apabila kedua-dua pasukan ini bertemu bulan lalu, walaupun kad merah awal mengubah perlawanan itu.
Kini AS Roma kekal di kedudukan tanggan ketiga kumpulan C dengan berkongsi 7 mata dengan FC Ludogoretz yang berada di tangga kedua.
Sebelum perlawanan kelima, Mourinho berkata: “Kami memerlukan kemenangan dan ia tidak akan mudah. Saya berkata selepas pertemuan terakhir bahawa ia akan menjadi sukar dengan 11 lawan 11, tetapi ia juga tidak mudah untuk mereka. Kami tidak datang ke sini untuk bercuti,” kata Mourinho pada sidang medianya.
“Saya mengucapkan tahniah kepada jurulatih mereka di Rom dan berkata dia mempunyai pasukan yang teratur. Terdapat evolusi di kawasan dunia ini, seperti sebelum ini mereka mempunyai beberapa kualiti individu yang baik, tetapi kini mereka mempunyai pasukan yang baik juga.”
“Kami mahu kekal dalam persaingan, kami tidak mahu cuba mempertahankan kejuaraan Liga Persidangan kami, tetapi teruskan dalam Liga Europa.”
Mourinho: ‘Playing on artificial turf is not football’ https://t.co/HrIVxcsC6k
— WIKI FOOTBALL (@MUTDNEWS22) October 26, 2022
The Special One tidak pernah segan tentang kebenciannya terhadap permukaan permainan tiruan, jadi melawat HJK Helsinki bukanlah sesuatu yang dia nantikan.
Dia juga membangkitkan momok kekalahan 6-1 Liga Persidangan musim lalu di Norway kepada Bodo/Glimt.
“Saya tidak mahu terus menangisinya, kerana itu tidak akan memberi kelebihan kepada kami. Kami perlu bermain dalam keadaan ini, itu sahaja yang ada.
“Saya masih mengekalkan bahawa bermain di permukaan tiruan bukanlah bola sepak, ia adalah sukan yang berbeza, jadi sesiapa yang biasa bermain di atasnya mempunyai kelebihan.”
“Kami bermain dua kali di padang sintetik musim lalu dan kehilangan kedua-duanya, termasuk satu dengan keputusan bersejarah.”
Musim lalu, dia menyuarakan pandangan yang sama dan menganggap padang sintetik menjadi punca beberapa kecederaan penting pemainnya.
Mourinho berkata: “Kami ada beberapa kecederaan penting, di mana saya boleh gelar ia kecederaan kerana padang plastik.”
“Ianya di luar kawalan kami. Orang yang menentukan bahawa pertandingan Eropah itu boleh dimainkan di padang plastik.”
"We had an important injury, which I call the injuries of the plastic pitches."
"It's out of our control. People decided that European competitions can be played on plastic pitches."
Safe to say Jose Mourinho is not a fan of artificial surfaces.#UECL pic.twitter.com/scUYt2KngD
— Football on BT Sport (@btsportfootball) April 7, 2022
“Kami dapat menunjukkan kebenaran kepada semua orang apabila memusnahkan Bodo/Glimt di Stadio Olimpico. Kami tidak mempunyai peluang itu esok, seolah-olah kami kalah, maka kami terkeluar.”
Padang tiruan tidak disenangi di Eropah
Padang tiruan telah diharamkan di beberapa liga utama di Eropah. Kerana ianya mampu mengundang risiko kecederaan yang tinggi terutama sekali ACL.
Di Belanda Ajax, PSV dan Feynoord pernah menyumbangkan dana €10 juta kepada Eredivisie sebagai enunjukkan semangat saling membantu sebagai satu entiti liga, sebaik sahaja mereka mara ke UCL musim 2019.
Untuk memahami konteks, Ajax ketika itu sah menerima sekurang kurangnya €42 juta daripada hak penyiaran sahaja.
Semakin jauh mereka mara, semakin meningkat hadiah wang tunai itu. Bukan hanya masa krisis kesihatan ini sahaja mereka menyumbang.
Due to AZ & Benfica both failing to qualify, Ajax have received a total of €41.194.000,- for their participation of the Champions League. Ajax will donate €3M of the total amount to the solidarity fund of the Eredivisie (for clubs who have been struck hard by corona-crisis). pic.twitter.com/ZhUQYs4w19
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) September 16, 2020
Sebaliknya rasa tanggungjawab itu sudah diikrarkan kesemua pasukan di Belanda terutama sekali pasukan besar yang berjaya mara ke UCL mahupun UEL.
Mereka sebenarnya tidak ada terikat dengan mana mana kontrak untuk berbuat demikian. Namun ianya adalah ikrar sebagai sebuah pasukan dalam sebuah liga.
Pada 2018, 3 kelab elit Liga Belanda, Ajax, PSV dan Feyenoord telah bersetuju untuk menyumbang sekurang-kurang 10% daripada hadiah wang UCL kepada Eredivisie.
Jadi pada masa itu, Eredvisie akan mendapat sekurang-kurang €10 juta ataupun RM47.7 juta daripada wang UCL.
Kenapa wang itu disumbangkan?
Pada masa itu juga, isu panas di Belanda adalah kondisi padang. Di mana banyak pasukan tak mampu menanam rumput berkualiti.
Lalu mereka menggunakan padang sintetik yang sangat bahaya kepada pemain.
Di mana risiko kecederaan seperti ACL lebih tinggi di padang rumput tiruan berbanding rumput tulen.
Ajax, Feyenoord mahupun PSV tidak merendahkan atau mengejek pasukan yang tak mampu itu, tetapi mereka membantu.
Kerana mereka faham, ada pasukan sangat terhad sumber kewangan mereka. Dan pada masa yang sama mereka sedar, setiap pasukan di Belanda saling memerlukan.
Liga Belanda sangat kecil dan hanya ada 18 pasukan. Bayangkan ada pasukan menarik diri daripada beraksi hanya kerana tidak dapat menyediakan stadium dengan rumput tulen?
Impaknya akan dirasai terutama sekali pasukan yang akan beraksi di Eropah yang memerlukan minit perlawanan yang banyak untuk mereka bersaing di peringkat tertinggi.
Bola sepak kompetitif ini kita semua faham, terlalu sikit minit akan membuatkan pasukan itu kurang sharp. Terlalu banyak pula akan keletihan.
Jadi paling penting dapat minit yang secukupnya. Tetapi kalau harus memilih, banyak rehat ataupun banyak bermain, pastinya pemain pro memilih banyak bermain.
Oleh sebab itu, Ajax dan PSV juga meminta agar pengurusan liga membenarkan pasukan pembangunan mereka beraksi di liga divisyen 2 yang kini dikenali sebagai Keuken Kampioen Divisie.
Eredivisie kini sedang berusaha memperkasakan semula liga mereka. Ini selepas satu ketika dahulu liga mereka melahirkan pasukan kompetitif di UCL dan juga eksport pemain yang berkualiti.
Rombakan itu mungkin akan menyaksikan Eredivisie berwajah baru pada 2021.
Oleh itu, tawaran 3 kelab ini sangat menarik untuk Eredivisie pada ketika itu selaku kelab kaya di negara tersebut.
Ini kerana memang sepatutnya pasukan di liga utama memiliki stadium yang ada rumput asli dan dijaga rapi.
Pemasangan padang sintetik ini tiba-tiba menjadi hangat pada beberapa tahun. Banyak pasukan memilih menggunakan padang sintetik kerana kos penyelenggaraan yang lebih murah.
Kemudian 3 pasukan itu meminta liga utama diseragamkan menggunakan rumput asli.
Penggunaan rumput tiruan juga dikatakan antara sebab kenapa orang memandang rendah Eredivisie. Mereka sedang berusaha mencari rakan penyiaran yang mampu memberikan mereka pulangan lebih besar.
Apa yang kita dapat pelajari daripada mereka adalah pasukan dalam satu liga itu saling memerlukan. Perseteruan itu memang kena wujud dalam bola sepak. Namun pengurusan tertinggi setiap pasukan tetap tidak lari daripada saling berinteraksi sesama mereka.
Rujukan tambahan
DUTCH FOOTBALL CAPTAINS CALL FOR BAN ON ARTIFICIAL TURF