Mourinho Mahu Beli Penyerang Bodo Glimt aka Budak Raver Yang Menyusahkannya

Penyerang pasukan Bodo/Glimt, Erik Botheim kini berada dalam radar AS Roma. Ini selepas penyerang tersebut memberikan masalah besar kepada AS Roma dalam 2 pertemuan menentang Bodo Glimt dalam aksi Liga Persidangan Eropah.

Oleh kerana kecemerlangan pemain itu, dengan harga yang tidak mahal, maka Mourinho yakin AS Roma akan dapat tandatangan Erik Botheim.

Roma diletakkan dalam kumpulan C, bersama sama dengan Bodo/Glimt, Zorya Luhansk, dan CSKA Sofia. Awalnya mereka dianggap tiada masalah untuk melepasi kumpulan ini dengan mudah.

Namun sebaliknya yang berlaku. Roma sekarang berada di tangga kedua di kumpulan 1. Satu mata di belakang Bodo/Glimt yang menjadi pasukan yang menyusahkan AS Roma.

Pada pertemuan pertama, Roma diaibkan Bodo/Glimt dengan kekalahan 6-1. Dalam perlawanan kedua, AS Roma yang cuba membalas dendam kekalahana memalukan itu, telah diikat 2-2.

Erik Botheim paling cemerlang dalam pertemuan pertama Roma-Bodo.

Botheim yang baru berusia 21 tahun menjaringkan 2 gol dan mencipta 3 assist. Bermakna dia terlibat dalam 5 daripada enam gol Bodo semalam dalam aksi Liga Persidangan Eropah menentang AS Roma yang dimbimbing Jose Mourinho.

Ini adalah pertama kali skuad bimbingan Mourinho bolos enam kali dalam satu perlawanan. Dan Botheim menjadi dalang semua ini.

Bekas pemain Rosenborg itu bermain dengan sangat cemerlang musim ini. Di mana dalam liga utama Norway, dia sudah menjaringkan 13 gol daripada 22 penampilan.

Roma harus cepat bertindak untuk mendapatkan Botheim kerana Lazio juga dikatakan berminat mendapatkan pemain tersebut. Lazio merupakan seteru abadi AS Roma.

Kenali Erik Botheim: Budak raver dalam kumpulan rap Haaland

Beberapa tahun lalu tular video Erling Haaland pada masa muda remaja membuat satu kumpulan rap yang diberi nama Flow Kingz.

Erling Haaland kemudian menempa nama sebagai salah seorang penyerang digeruni di dunia.

Seorang lagi ahli Flow Kingz iaitu Erik Botheim semalam memberitahu dunia kewujudannya di arena bola sepak antarabangsa apabila mengepalai pasukannya, Bodo / Glimtz membelasah Roma 6-1.

Ini adalah pertama kali skuad bimbingan Mourinho bolos enam kali dalam satu perlawanan. Dan Botheim menjadi dalang semua ini.

Bekas pemain Rosenborg itu bermain dengan sangat cemerlang musim ini. Di mana dalam liga utama Norway, dia sudah menjaringkan 13 gol daripada 22 penampilan.

Dengan prestasi semasanya, tidak hairan kalau kelab kelab dari liga utama Eropah lain akan memancing beliau selepas ini.

Haaland bangga melihat ahli Flow Kingz itu mencipta nama dan kariernya semakin berkembang. Kalau ada rezeki, mereka boleh bergandingan di dalam skuad kebangsaan Norway suatu hari nanti.

Segalanya berlaku pada 2016, di mana trio Flow Kingz merupakan trio yang dibentuk bersama dengan seorang lagi pemain profesional iaitu Erik Tobias Sandberg.

Mereka bertiga mencipta, menulis, merakam dan menerbitkan video muzik mereka sendiri dengan single berjudul Kygo Jo. Setakat ini sudah meraih lebih 8 juta tontonan walaupun videonya memang versi video harijadi.

Dalam video tersebut Bortheim la paling padu showmanship dengan memperagakan aksi raver yang sangat mantap dan menarik perhatian.

Tapi siapa kisah, yang penting 3 orang dalam video itu sudah masing masing menjadi profesional di lapangan bola sepak. Botheim ketika itu berusia 16 tahun ketika video itu dirakam.

Botheim masih belum menerima panggilan kebangsaan. Namun media Norway sudah mulai mencadangkan namanya untuk dipanggil. Begitu juga dengan peminat peminat Norway.

Apa yang pasti video tersebut kembali tular di media sosial.

Saksikan sendiri video legend itu di sini. Tonton atas risiko sendiri, kalau korang sedang makan atau minum. Bukan apa, takut tersembur air tu.

Baca yang lain

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.