Mourinho Mencelah Wawancara Son Untuk Memberitahu Kane Adalah Man Of The Match

Tottenham Hotspur menjinakkan Southampton 5-2 di St. Mary’s dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Ini merupakan kemenangan pertama Spurs pada musim ini di EPL.

Son adalah watak yang paling menonjol dalam perlawanan setelah menjaringkan empat gol untuk Spurs, sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Kane.

Bintang bola sepak Korea Selatan itu kemudian dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan secara rasmi.

Namun, Kane juga berhak mendapat kredit di atas kejayaannya mencipta assist untuk kesemua gol Son Heung-min.

Selepas tamat perlawanan, Son kemudian diwawancara BBC Sport. Son tidak sempat menjawab ketika ditanya mengenai empat golnya.

Korang mesti perasan semalam, tiba tiba Mourinho berdiri di sebelahnya dan mengganggu sesi wawancara itu.

Selepas itu, Mourinho terus berkata: “Man of the Match – Harry Kane,” di mana Son membalas dengan senyum.

Son turut berkata: “Yeah, saya pun akan kata begitu.”

Mourinho kemudian mencelah temubual Kane pula.

“Man of the match pilihan saya, man of the match,” sambil menunjukkan kepada Harry Kane.

Sama ada Mourinho serius atau saja bergurau dengan bintang Korea itu, yang jelas adalah bahawa Son Heung-min kelihatan sangat senang dan tak kekok dengan tingkah laku bosnya.

“Ya, saya juga akan mengatakannya,” kata penyerang berusia 27 tahun itu kepada TalkSPORT.

“Saya akan mengatakan bahawa Harry adalah pemain terbaik perlawanan kerana dia menjaringkan satu gol dan memberikan empat assist.”

“Dengan Harry, kami telah bekerjasama untuk waktu yang sangat lama, ini adalah musim keenam.”

“Kami sudah tahu cara permainan antara kami berdua, kami ingin mempunyai hubungan yang baik di atas dan di luar lapangan.”

“Saya rasa kita bekerja sangat keras untuk membentuk gandingan dan keserasian yang lebih baik, bahkan lebih baik daripada sekarang.”

“Jadi jelas bahawa ini masi belum sempurna, tetapi kita akan mempunyai satu connection yang sempurna,” tambah Son Heung-min mengenai gandingan beliau dengan Harry Kane.

Perkembangan berkaitan:

Son Heung Min Skor 4, Kesemuanya Di-assist Harry Kane

Kegilaan terjadi di St Mary di mana Son Heung Min dan Harry Kane memberikan aksi gandingan yang akan diingati untuk tempoh yang lama.

Son Heung Min menjaringkan 4 gol dan kesemua 4 golnya adalah dicipta dan diassist oleh Harry Kane.

Danny Ings meletakkan Southampton di hadapan pada minit ke-32.

Son Heung Min membalas gol itu sebelum rehat, pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas menerima diagonal pass daripada Harry Kane.

Itu baru pembuka cerita kisah Son dan Harry Kane. Kerana pada separuh masa kedua gandingan mereka menghasilkan 3 gol lagi.

Sebaik sahaja bersambung separuh masa kedua Kane terus mencipta killer pass kepada Son yang membolehkan Spurs mendahului 2-1.

Pada minit ke-63, Kane hampir dalam keadaan yang sama, melakukan hantarand daripada situasi half turn, cuma kali ini dengan lob pass.

Son menggunakan kepantasannya untuk mencetak hatriknya.

Tidak terhenti di situ, pada minit ke-73, Son melengkapkan gol keempatnya, juga hasil bantuan oleh Harry Kane.

Kane menjadi pemain pertama melakukan 4 assist kepada pemain yang sama dalam satu perlawanan – dalam sejarah EPL.

Pada minit ke-82, Kane memahatkan namanya dalam senarai penjaring.

Menjadikan beliau pemain pertama terlibat secara terus kepada 5 gol di dalam satu perlawanan EPL sejak Mo Salah vs Watford pada 2018.

Kane mencipta 4 assist dan 1 gol. Manakala Salah mencipta 4 gol dan 1 assist.

Ini juga kali kedua Kane terlibat secara direct dalam 5 gol selepas 2017 menentang Leicester.

Danny Ings menambah satu gol saguhati menerusi penalti masa kecederaan,

Siapa yang ada Kane dengan Son dalam FPL tu, bersepahlah mata korang dapat.

Baca yang lain