Mourinho Mulakan Misi Kembali Ke Old Trafford

Jose Mourinho kini mahu kembali semula ke Manchester United sebagai pengurus jika Sir Jim Ratcliffe mahu memecat Erik Ten Hag selepas ini.

Masa depan Erik Ten Hag sentiasa menjadi subjek yang hangat diperkatakan pemian dan media.

Selepas dipecat AS Roma, pengurus asal Portugal, Jose Mourinho mahu membuat kepulangan sensasi ke kelab lamanya Man United.

Beberapa bulan lalu Mourinho menyatakan bahawa dia masih sayangkan Manchester United kerana penyokong di sana masih sentiasa memberikan layanan mesra kepadanya.

“Saya tak ada penyesalan, kerana penyokong Man United tahu saya telah memberikan segalanya dan saya menyayangi kelab itu. Ada sekali tu, saya pergi ke sana bersama Sky, saya dalam bilik, dan seluruh stadium berpaling ke arah saya, bertepuk tangan dan menanyi untuk saya”

Mourinho menikmati pahit manis tersendiri ketika menguruskan Man United dari 2016 sehingga 2018. Dia membimbing United memenangi beberapa trofi.

Dan pada masa yang sama mendapat tentangan daripada beberapa pemain yang memuatkan dia terpaksa dipecat.

Ketika itu polisi kelab adalah berbeza daripada yang ada hari ini. Di mana kelab lebih melindungi pemain bintang seperti Pogba yang ada nilai tinggi di pasaran perpindahan berbanding pengurus.

Hari ini polisi Man United sudah berubah. Mereka lebih memihak kepada pengurus. Erik Ten Hag mendapat sokongan daripada kelab ketika dia tidak mahukan Ronaldo dan Sancho dalam pasukannya.

Ten Hag masih bergelut musim ini walaupun membawa United menamatkan musim lalu di tangga ketiga.

Man United tersingkir daripada UCL, Piala Carabao dan juga masih bergelut untuk berada di slot eropah musim hadapan.

Dengan prestasi yang ada, tidak mustahil Erik Ten Hag dalam bahaya. Oleh itu Jose Mourinho sedia untuk menghadiri temuduga sekali lagi di Old Trafford.

Dia sebelum ini pernah menguruskan Chelsea sebanyak dua kali. Dan mungkin United akan menjadi pasukan seterusnya yang dia akan uruskan dua kali?

Pengurus berusia 61 tahun itu memiliki pengalaman luar biasa mengendalikan pasukan. Selain Man United dia juga pernah menjadi pengurus Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, United, Tottenham dan juga Roma.

Ketika mengendalikan United dulu, dia membantu United menjulang UEL dan menamatkan saingan liga di tangga kedua. Di mana pada masa itu Mourinho menganggap kejayaan membimbing United menamatkan Liga Perdana Inggeris sebagai naib juara adalah kejayaan terbesar di dalam kariernya.

Mourinho mahu kembali untuk menyelesaikan urusannya yang dianggap masih tak selesai lagi di Old Trafford. Misi itu digelar misi kembali!

Mourinho yakin dia adalah orang yang tepat setelah membantu Roma menjuarai UECL, yang menamatkan kemarau 11 tahun kelab itu daripada memenangi trofi.

Mourinho mencapainya dengan dana perpindahan yang sangat terhad. Dia kemudian membantu kelab itu mara ke final UEL musim lalu namun tewas.

Mourinho dilaporkan sudah menolak tawaran daripad Al-Shabab di Arab Saudi.

Selain daripada jawatan di United, Mourinho juga mengintai jawatan di pasukan kebangsaan Portugal. Namun di harus menunggu sekurang kurangnya selepas Euro.

Mourinho percaya sudah tiba masanya untuk dia mempertimbangkan jawatan dalam pasukan kebangsaan. Dahulu dia pernah memberitahu dia tak berminat menjadi jurulatih skuad kebangsaan. Kerana tidak sanggup menunggu berminggu minggu untuk aksi bola sepak berikutnya.

Kini dia sudah sedia untuk mempertimbangkannya. Walaubagaimanapun misi kembali ke Old Trafford kini menjadi agenda penting buat Jose Mourinho.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah