Mourinho Pernah Minta FIFA Larang Pemain Afrika Wakili Eropah

José Mourinho, jurulatih A.S. Roma, telah menyatakan bahawa dia mahu FIFA menghalang pemain Afrika daripada mewakili negara lain selain negara asal mereka.

Kerana dia percaya bahawa itu akan membolehkan kita semua melihat “negara Afrika akan memenangi piala dunia.” Ia juga akan menyerlahkan potensi sebenar negara negara Afrika.

Mourinho percaya bahawa Afrika mempunyai pemain yang berkualiti malah pernah berkata: “Kejayaan saya sentiasa berdasarkan kepada penyerang Afrika. Tanpa penyerang Afrika saya rasa saya tidak akan berjaya.”

Beliau percaya bahawa apabila pemain Afrika meninggalkan tanah air mereka untuk bermain untuk pasukan Eropah, dan kemudian sanggup melucutkan kewarganegaraan Afrika mereka demi untuk mewakili Eropah dan memenangi Piala Dunia bersama mereka.

Mourinho berkata: “Saya mahu dunia sedar bahawa Afrika adalah sama dengan semua orang…mereka mempunyai keupayaan untuk memenangi sebarang perlawanan, hanya kerana kebanyakan pemain mereka bertaburan di seluruh dunia bermain untuk negara lain di luar tanah air mereka.”

“Saya tahu pendapat saya tidak akan popular, dan saya tidak akan disukai kerana membuat kenyataan ini, tetapi FIFA harus membuat perkara yang adil dengan enggan membenarkan pemain mewakili negara lain, ini akan menjadikan kejohanan FIFA lebih kompetitif bukan berat sebelah.”

Mourinho sebelum ini pernag menghabiskan musim panasnya di Afrika kerana hubungan istimewanya dengan benua yang indah itu.

Antara bintang Afrika yang dia masih rapat berhubung ialah Michael Essien.

Mourinho bercakap tentang Michael Essien: “Dia bukan pemain saya, dia anak saya. Saya adalah ayahnya yang berkulit putih…Dia satu-satunya yang membawa saya ke rumahnya, ke rumahnya yang sebenar [di Afrika]…”

Pandangan Mourinho ini menarik perhatian ramai. Dan ramai percaya Afrika boleh memenangi Piala Dunia jika pemain bermain untuk negara asal mereka.

Saddic Adams, seorang wartawan sukan popular, pula tidak bersetuju dengan Mourinho. Saddic berkata, jika pemain pemain ini tidak keluar dari Afrika, mereka tidak akan mendapat pendidikan dan pembangunan bola sepak yang baik kerana banyak negara di Afrika sendiri tidak serius dalam pembangunan bola sepak.

“Negara-negara Afrika mesti terlebih dahulu harus berminat dan bersedia untuk melabur dan mengembangkan bakat mereka sendiri juga.” tegas beliau.

“Tiada siapa yang harus diharamkan daripada memakai jersi untuk negara yang telah menunjukkan cinta dan pelaburan kepada mereka.”

“Afrika sepatutnya berterima kasih.”

Dan ada juga yang menyatakan bahawa negara paling terkesan pastinya Perancis. Dan mereka malah menganggap Perancis tak akan mendapat sebarang Piala Dunia tanpa pemain Afrika. Pada 1998 mereka bergantung kepada ramai pemain Afrika. Begitu juga pada 2018.

Kini Perancis menggunakan kekuatan pemain berdarah Afrika sekali lagi untuk cuba memenangi Piala Dunia ketiga mereka.

Pendapat itu disanggah beberapa peminat bola sepak. Kerana menurut mereka, negara seperti Perancis berhak menuai kejayaan daripada bakat Afrika ini. Kerana pemain pemain tersebut ramai yang lahir daripada keluarga imgiran yang menetap di Perancis. Pemain pemain tersebut lahir di Perancis.

Jadi, Perancis berhak menikmati pulangan semula daripada kemurahan hati mereka menerima pendatang asing dari Afrika masuk ke negara mereka.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang