Mourinho Puji Taktikal ‘Park The Bus’ Arsenal

Sebelum ini banyak media dan pundit mengkritik taktikal Mikel Arteta ketika seri menentang Manchester City.

Di mana Mikel Arteta dituduh bermain dengan sistem pasif dan ‘pengecut’ dengan park the bus.

Mourinho pula memuji pendekatan itu. Kerana menurutnya, dia beberapa kali menang ke atas Manchester City dengan memarkir bas, termasuk bas dua tingkat sekalipun.

Mikel Arteta jelas sekali hanya mahu mengelak daripada kalah dan tidak terdesak untuk menang berdepan dengan skuad Guardiola.

Arsenal ketika itu hanya ada 27% penguasaan bola. Dan perlawanan seri tanpa jaringan.

Bercakap kepada The Telegraph, Mourinho berkata: “Saya gembira sebab saya suka budak tu [Arteta]. Saya gembira dengan segala yang berlaku padanya.

“Dan juga, Arsenal bermain untuk mendapat mata sahaja. Sedangkan media bercakap tentang strategi silap mata bagai.

“Ketika saya berada di sana, saya tidak menggunakan strategi silap mata pun. Dan saya menang beberapa kali ke atas Manchester City. Strateginya tidaklah sehebat mana. Ianya permainan defensif.

“Parkir bas, parkir bas dua tingkat sekalipun kalau perlu. Ianya perspektif yang berbeza.”

Dalam kariernya, Mourinho menuai banyak kejayaan dengan taktikal yang pragmatik ketika berdepan kelab besar atau lebih kuat ketika dia bersama Chelsea, Inter Milan atau Real Madrid.

Ramai yang mengkritik Mourinho sebagai suka park the bus ada juga yang menganggap ia masterclass.

Tahukah anda, Park The Bus adalah istilah yang popular kerana Jose Mourinho pernah mengecam taktikal Spurs di bawah Martin Jol ketika menentang Chelsea pada 2015.

Mourinho pada sidang media berkata: “Pertama sekalinya, rasa hormat tak terhingga kepada pemandu bas. Kamu harus menjadi seorang yang sangat bagus untuk memandu bas.”

Ketika itu wartawan kehairanan. Dan kemudian Mourinho merujuk ia kepada taktikal Spurs pada masa itu.

“Mereka bukannya mahu bermain bola. Di Portugal kami gelar ia memarkir bas. Jadi untuk memakir bas dengan betul kamu perlukan pertolongan pemandu bas.

“Jadi pujian diberikan kepada pemandu bas atau pengurus yang pandai sekali memakir bas.

“Bola sepak ini adalah tentang momen. Amat sukar untuk bermain bola sepak apabila hanya satu pasukan sahaja yang bermain daripada minit pertama sehingga minit akhir. Kadangkala kamu mendominasi, kadangkala kamu dikuasai lawan. Ianya sukar.

“Samalah macam pemandu pas, yang memerlukan banyak pengalaman dan latihan memakir bas. Dalam bola sepak, ianya mengambil masa yang lama untuk memahaminya.”

Peminat Arsenal sendiri seringkali mengejek skuad Chelsea di bawah kendalian Mourinho sebagai membosankan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan