Mourinho: Saya Main PlayStation Pun Tak Buat Silap, Takkan VAR Boleh Silap

Jose Mourinho menegaskan bahawa beliau tidak boleh menerima jika VAR melakukan kesilapan.

Ini kerana menurut beliau, teknologi tidak boleh melakukan kesilapan.

Mourinho berkata begitu selepas tak berpuas hati dengan pengadilan ketika aksi Spurs Berhadapan dengan Man City tempoh hari. Di mana Mourinho dilihat mengamuk dengan keputusan pengadil.

Pada awalnya Raheem Sterling dilihat melakukan stamping challenge ke atas Dele Alli.

Tetapi tidak dilayangkan kad merah. Seterusnya pengadil merujuk VAR untuk insiden penalti yang diminta selepas Gundongan gagal menyempurnakan penalti.

Pengadil tidak memberikan kad kuning walaupun mendapati Sterling diving.

Mourinho berkata: “Semua orang boleh melakukan kesilapan. Saya melakukan kesilapan. Para pemain melakukan kesilapan dan pengadil pun boleh melakukan kesilapan.

“Tetapi, saya tak boleh menerima kalau pengadil VAR melakukan kesilapan.”

“Sebab masa saya main PlayStation pun saya tak buat kesilapan.”

“Saya cuma melakukan kesilapan apabila berada di tepi padang.”

“Masa saya dengan Gary dan Carragher di dekat Sky, saya tak melakukan kesilapan.”

“Saya hanya melakukan kesilapan apabila saya ada di sana [tepi padang].”

“Sama juga dengan pengadil ni. Mereka boleh je melakukan kesilapan. Saya sangat menghormati mereka, kerana tugas mereka benar benar sukar.”

“Tapi sekarang, apabila mereka ada masa untuk menilai menerusi VAR, ia semakin sukar menerima kesilapan mereka. Dan kami benar benar dihukum.”

Baca yang lain