Mourinho Tak Ingin Ke Jerman Atau Perancis Sebab Liga Tiada Cabaran, Bayern & PSG Auto Juara

Jose Mourinho baru sahaja dipecat oleh Spurs. Dan wartawan sudah cuba bertanya kepadanya destinasi seterusnya beliau.

Mourinho sebelum ini sudah menguruskan Chelsea, Spurs di England, Inter Milan di Itali, Real Madrid di Sepanyol dan Porto di Portugal.

Lalu wartawan nak tahu adakah destinasi beliau seterusnya, sama ada Jerman ataupun Perancis?

Ternyata soalan itu tidak menarik minat Mourinho langsung. Malah dia memperlekehkan liga tersebut sebagai terlalu mudah. Dan beliau lebih relah menganggur.

Pada 2019, Mourinho pernah dikaitkan dengan Bayern Munich menggantikan Niko Kovac. Dan sebelum itu, beliau juga pernah menuduh Bayern sebagai menggunakan taktik membeli pemain pesaing untuk melemahkan mereka.

Ketika itu Mourinho mengendalikan Man United dan Man City dikendalikan Guardiola. Mourinho menyindir seteru lamanya itu bahawa di EPL untuk membeli pemain dari kelab lain dalam EPL sangat sukar. Ianya memerlukan nilai sangat tinggi.

Malah ada kelab kelab yang berseteru seperti Man United dan Liverpool, perpindahan pemain sangat sukar berlaku.

Berbeza dengan Bayern di Jerman menurut Mourinho yang membeli pemain pemain seterunya dengan mudah. Ianya sindiran kepada Guardiola yang sebelum itu pernah menguruskan Bayern. Bayern malah suka membeli pemain dari pesaing kejuaraan mereka untuk dibawa masuk pada musim berikutnya. Yang menurut Mourinho merupakan satu pembelian bermotifkan melemahkan pesaingnya.

“Ini bukan Jerman. Di Jerman, Bayern Munich mulai memenangi liga pada musim panas, dan mereka akan pergi ke Borussia Dortmund setiap tahun untuk membeli pemain terbaik mereka.”

“Kamu rasa saya boleh ke Spurs dan membeli pemain terbaik Spurs untuk membunuh Spurs? Di sini tak boleh. Saya tak boleh ke Arsenal untuk mendapatkan 2 pemain terbaik Arsenal. Saya tak boleh ke Chelsea dan membawa masuk 2 pemain yang saya sukai sangat sangat,” kata Mourinho menyindir Bayern yang mendapatkan Gotze dan Lewandowski.

“Zaman itu sudah berakhir dah. Sekarang ini, untuk menjadi juara dengan mulai menyerang dan melemahkan lawan kamu, di negara ini sudah lama dah berlalu zaman macam tu.”

Dan sekarang pendirian Jose tentang Bundesliga masih sama. Dia merasakan liga itu sudah ada auto pemenang. Sambil menyamakan situasi di Perancis dengan apa yang berlaku di Jerman.

“Di Jerman dan Perancis, jika kamu berjaya ke kelab A [Bayern] atau kelab B [PSG], maka ‘takdir’ kamu sudah terus tertulis [menjadi juara]. Di England ianya pertandingan di peringkat tertinggi dengan tekanan tinggi. Liga itu menarik minat saya. Saya tak berminat pergi ke negara yang tiada tekanan langsung [untuk berebut kejuaraan].”

Bayern dan PSG sangatb dominan di domestik dan sudah bertahun tahun menjadi juara. Mungkin musim ini PSG dilihat masih bersaing rapat dengan pendahulu Lille. Tetapi Bayern sudah menjadi juara menunggu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.