Mourinho Tak Percaya Sindrom Musim Ketiga: “Saya Bukan Masalah Di Sini”

Jose Mourinho menepis teori tentang sindrom musim ketiga dalam pengurusannya. Di mana dia seringkali dipecat pada musim ketiga.

Roma menang 2-0 dalam aksi Frasinone. Namun kedudukan semasa pasukan itu masih tidak cukup bagus untuk mereka menjadi pesaing kejuaraan.

Jadi sudah ada pihak yang menyatakan bahawa Mourinho akan dipecat pada musim ketiga seperti biasa.

Ianya berlaku ketika di Chelsea, Real Madrid, Chelsea sekali lagi dan Man United. Dan kini memasuki musim ketiga di Roma dia mulai merasai tekanan selepas permulaam buruk.

Namun Mourinho menjelaskan bahawa di AS Roma dia sentiasa bukan masalah di kelab itu. Buktinya, kelab itu masih terus memerlukan khidmatnya. Dan dia turut mendapat banyak tawaran dari kelab lain pada musim panas lalu.

“Saya menolak tawaran besar pada musim panas lalu dan memberitahu AS Roma saya akan kekal. Saya bukan masalah di sini. Saya tak boleh terima kenyataan itu. Sehingga 30 Jun, saya akan berada di sini berjuang untuk AS Roma. Kecuali Friedkin [presiden kelab] memberitahu saya tidak diperlukan lagi. Saya di sini untuk berjuang. Dan saya tak gentar.”

Mourinho kemudian menyatakan bahawa masalah utama Roma adalah kualiti squad depth. Di mana mereka tidak cukup bagus dari segi aspek squad depth. Menurut pengurus Roma itu dia cemburu dengan Max Allegri di Juventus.

“Saya menyaksikan Juventus lawan Atalanta malam ini. Bremer cedera dan Allegri membawa masuk Daniele Rugani – sedia untuk menggantikan Bremer. Saya berfikir: ‘Max kamu sangat bertuah’.”