José Mourinho telah mendedahkan perkara yang mengejutkan di sebalik tiadanya nama Gareth Bale dalam pasukan ketika Spurs tewas kepada Everton dalam aksi Piala FA.
Di mana Jose Mourinho berkata dia sangat terkejut apabila Bale mengisytiharkan dirinya tidak tersedia untuk aksi Piala FA berdepan Everton.
Mourinho menambah, Bale meminta agar dia diimbas untuk status kecederaan pada hari beliau patut beraksi. Bale memberitahu bahawa dia terasa seperti kurang cergas.
“Rasanya lebih baik kalau saya katakan, kita bermain menentang West Brom pada Ahad dan dia tidak bermain, dia berada di bangku simpanan.”
“Pada Isnin, saya agak terkejut apabila dia mahu masuk ke bilik rawatan untuk imbasan kecederaan kerana merasakan dia rasa seperti ada kesakitan.”
“Dia tak berlatih pada Isnin dan kemudian pada Selasa dia berlatih. Namun saya dimaklumkan ianya lebih kepada kerana dia mahu bekerjasama dengan jabatan sains sukan untuk beberapa hari bagi menguatkan bahagian fizikalnya yang dia rasa agak sakit.”
“Inilah sebab kenapa dia tak berada di sini. Saya tak rasa ianya kecederaan yang jelas. Saya cuma boleh kata dia rasa tidak selesa sebab tu dia tak boleh berikan 100% dalam latihan.”
Ditanya pandangan beliau tentang Bale yang bermain dalam penampilan sangat terhad musim ini.
Mourinho enggan mengulas lebih lanjut. Beliau berkata: “Gareth tiada di sini pada masa ini. Saya nak jelaskan keadaan, dan saya sangat jujur dan terbuka tentangnya.”
Ini bukan pertama kali Bale meminta dirinya dikecualikan daripada perlawanan penting. Di Real Madrid beliau pernah menghantar surat sakit kepada Zinedine Zidane.
Lebih mengejutkan, selepas menghantar MC, beliau bermain golf dan memuat naik di media sosial.
PICTURED: Gareth Bale plays golf while Real Madrid lose to Spurs, despite Zinedine Zidane claiming he was 'too ill' to travel… but Welshman's agent says he was on the course to 'clear his head' https://t.co/l72ObDJ2gm pic.twitter.com/qAqQPmlQc4
— MailOnline Sport (@MailSport) July 31, 2019
Zidane tidak suka dengan disiplin Gareth Bale. Dan tidak sehaluan dengan pemain tersebut.
Kes Alexis Sanchez
Dan untuk Mourinho, beliau pernah berhadapan dengan situasi yang serupa di mana pemain menentukan analisis kecederaan dan tidak dapat bermain.
Itu yang berlaku ketika Alexis Sanchez di Man United. Di mana pemain tersebut menyatakan dirinya cedera atas penilaian dirinya sendiri. Lalu Mourinho menyatakan Sanchez mungkin cedera serius dan tidak akan dapat beraksi lagi musim itu.
Mourinho dengan nada menyindir menyatakan Sanchez sudah berpengalaman lama dalam bola sepak dan dia percaya pemain itu lebih tahu. Sanchez kemudian memuat naik gambarnya di rumah sedang menjalani rawatan kakinya.
Mourinho berkata: “Perkara pertama yang saya nak kata, dalam mana-mana kelab, pemain yang tak dapat bermain adalah perkara yang mudah untuk pengurus buat keputusan.”
“Di kelab kami, apabila pemain itu tak bermain, biasanya kerana masalah disiplin. Namun ianya tiada kaitan dengan beliau [Sanchez].”
“Daripada cara beliau menjerit kesakitan serta cara kecederaan itu berlaku, saya tahu ianya kecederaan yang akan memakan masa yang lama.”
Jose Mourinho explains why he knew Alexis Sanchez's injury was serious https://t.co/VTlVSPwyKu pic.twitter.com/MRZHPQB6dc
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 30, 2018
“Saya tidak mahu mengambil risiko dengan menjangkakan berapa lama beliau akan berehat. Namun berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurus, saya boleh katakan Sanchez tak akan bermain lagi tahun ini.”
“Belum ada imbasan [scan] lagi dilakukan, namun beliau pemain berpengalaman dan beliau tahu akan kecederaan yang beliau alami. Dan berdasarkan pengalaman saya, ianya satu kesakitan yang teruk dan ianya akan mengambil tempoh yang lama.”