Mourinho Terima Pampasan RM195 Juta, Kini Mengumpul Kekayaan RM1.56 Billion Dari Gaji + Pampasan Pemecatan

Jose Mourinho ada satu simptom yang dipanggil simptom musim ketiga. Di mana beliau kerap dipecat pada musim ketiga bersama dengan sesebuah pasukan.

Dan terbaru, Mourinho dipecat oleh Spurs, seminggu sebelum aksi final piala Carabao 2021 menentang Manchester City.

Spurs dalam kenyataan mereka berkata:

“Kelab mengesahkan hari ini Jose Mourinho dan kesemua staf kejurulatihan beliau, Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin dam Giovanni Cerra dilepaskan daripada tugsan masing masing.”

Daniel Levy berkata: “Jose dan staf kejurulatihan beliau telah bersama sama dengan kita dalam menghadapi detik paling mencabar di kelab ini. Jose seorang profesional sejati dan menunjukkan semangat juangnya ketika pandemik melanda.”

“Seccara peribadinya, saya gembira sekali dapat bekerjasama dengan beliau dan agak kesal apabila keadaan kurang berhasil. Dia akan sentiasa dialu alukan di sini dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau dah staf beliau di atas sumbangan mereka.”

Ryan Mason disahkan akan menjadi pengurus interim di Spurs.

Mourinho rembat ratusan juta hengget daripada pampasan sahaja

Dengan pemecatan itu, Mourinho bakal menikmati angka luar biasa hanya daripada pampasan pemecatan.

Mourinho mulai mendapat tekanan yang hebat di Spurs. Malah sudah ramai peminat Spurs mahukan pengurus Portugis itu dipecat kerana prestasi tak keruan pasukan beliau ketika ini.

Spurs bergelut musim ini, namun dalam beberapa bulan ini, mereka berjaya juga menghampiri 4 teratas dengan beza hanya 5 mata pada hari beliau dipecat.

Namun Spurs dikatakan memecat Mourinho kera prestasi yang kurang meyakinkan. Lebih lebih lagi Mourinho musim ini sudah mendapat pemain yang beliau suka.

Ini termasuk mendapatkan Sergio Reguilon dan kepulangan semula Gareth Bale.

The Athletic melaporkan bahawa, jika Tottenham Hotspur memecat Jose Mourinho, mereka perlu membayar pampasan £34 juta.

Mourinho menandatangani kontrak dengan Spurs pada akhir November dan hanya akan berakhir pada akhir musim 2022/2023. Gaji tahunan Mourinho di Spurs adalah £15 juta.

Mourinho masih ada peluang untuk memenangi semula hati peminat Spurs jika pasukannya berjaya menamatkan kemarau trofi sejak 2008. Di mana Spurs akan berdepan dengan City dalam final Piala Liga di Wembley, pada hujung April. Tetapi itu pun tidak kesampaian.

Menjadikan Spurs sebagai kelab pertama Mourinho gagal memenangi piala untuk pasukan yang diuruskannya lebihb 20 perlawanan.

Rekod pampasan Mourinho

Jose Mourinho dilantik oleh Spurs menggantikan Mauricio Pachettino yang telah dipecat secara mengejut walaupun sebelum itu membawa Spurs ke final UCL.

Mourinho ketika itu tidak berjawatan selepas dipecat Manchester United. Berikut adalah relod pampasan yang dinikmati selepas dipecat?

Chelsea – 2004

Pada tahun 2004, Jose Mourinho mula memperkenalkan dirinya di Premier League bersama Chelsea dan melaungkan bahawa beliau adalah ‘The Special One’

Menurut laporan CNN gaji tahunan Mourinho pada ketika itu adalah £5 juta (+-RM25 juta nilai sekarang) setahun. Namun jodoh beliau bersama Chelsea tidak lama.

Selepas mengecap pelbagai kegemilangan dan membawa Chelsea di mata dunia, pada tahun ke-3 Mourinho mula tidak sebulu dengan Roman Abramovich dan mengambil jalan perpisahan.

Selepas 10 tahun pemecatan beliau, James Whaling dari The Mirror mendedahkan Chelsea telah membayar pampasan sebanyak £23.1 juta kepada Mourinho dan tim kejurulatihan beliau.

Trofi

Premier League: 2004–05, 2005–06
FA Cup: 2006–07
Football League Cup: 2004–05, 2006–07
FA Community Shield: 2005

Inter Milan – 2008

Pada tahun 2008 Mourinho meneruskan kerjayanya bersama Inter Milan menggantikan Roberto Mancinic dan selama dua tahun Mourinho telah meraih pelbagai kejayaan.

Mourinho membawa Inter Milan meraih treble pada musim 2009/10 dengan menjurai Serie A, Coppa Italia dan UEFA Champions League kejayaan ini menarik minat Real Madrid.

Di Inter Milan Mourinho menerima gaji £8.3 juta setahun dan menjadi manusia paling tinggi menerima bayaran dalam sejarah bola sepak.

Trofi

Serie A: 2008–09, 2009–10
Coppa Italia: 2009–10
Supercoppa Italiana: 2008
UEFA Champions League: 2009–10

Real Madrid – 2010

Pada May 2010, Mourinho telah dilantik sebagai pengurus Real Madrid dengan kontrak selama 4 tahun menggantikan Manuel Pellegrini dan menjadi pengurus ke-11 Real Madrid dalam tempo 7 tahun.

Pada 2013 selepas setahun diberikan lanjutan kontrak sehingga 2016 Mourinho meninggalkan Los Blancos dengan ‘mutual agreement’ atau secara suka sama suka dan tidak melibatkan pampasan.

Kalau dapat pampasan sedap ni ada 3 tahun lagi kontrak.

Trofi

La Liga: 2011–12
Copa del Rey: 2010–11
Supercopa de España: 2012

Kembali Ke Chelsea – 2013

Mourinho membuat kepulangan mengejut ke Chelsea buat kali kedua dengan kontrak selama 4 tahun dan kali ini menurut laporan The Guardian, Mourinho menerima gaji sebanyak £8.5 juta setahun.

The Special One masih tidak hilang sentuhannya dan membawa Chelsea kembali bergelar juara Premier League pda musim 2014/15 namun 7 bulan selepas itu beliau dipecat.

Dari pemecatan ini, Mourinho dilaporkan menerima pampasan sebanyak £8.3 juta sahaja dan sekali bayar.

Trofi

Premier League: 2014–15
Football League Cup: 2014–15

Manchester United – 2016

Satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Jose Mourinho menerima tawaran Manchester United bagi menggantikan Louis Van Gaal yang meneruskan kesenduan ke Old Trafford.

USA Today melaporkan bahawa Jose Mourinho menerima bayaran sebanyak £12 juta setahun daripada Setan Merah dan ini tidak termasuk dengan pendapatan diperoleh dari penajaan.

Namun seperti biasa, Mourinho akan membawa perangai pada tahun ketiga dan sekali lagi dipecat dan meraih ganti rugi paling lumayan £19.6 juta sahaja.

Trofi

EFL Cup: 2016–17
FA Community Shield: 2016
UEFA Europa League: 2016–17

Tottenham Hotspur – 2019

Gaji yang diterima oleh Mourinho yang menggantikan Pochettino tidaklah banyak mana pun hanya 2 kali ganda daripada apa yang diterima oleh Pochettino dengan gaji £15 juta setahun.

Namun pampasan yang diterimanya sangat tinggi. Malah Spurs akan membayar angka yang sama £34 juta walaupun Mourinho dipecat lebih awal ataupun kontraknya tinggal berberap minggu sahaja lagi.

Mungkin sebab itulah Spurs sebelum ini memberikan jaminan kepada masa depan Mourinho. Namun siapa sangka, selepas meminjam duit daripada bank rakyat England, Spurs membuat perangai memecat Mourinho – sehari selepas mengumumkan mereka menjadi ahli gagasan European Super League.

Berapa Gaji dan Pampasan Diterima Mourinho dari 2004 – 2020?

Ini adalah gaji dan pampasan yang diterima Mourinho dari tahun 2004 sehingga 2020

Chelsea

2004 – £5 juta
2005 – £5 juta
2006 – £5 juta
2007 – £23.1 juta (Pampasan)

Inter Milan

2008 – £8.3 juta
2009 – £8.3 juta

Real Madrid

2010 – £12.6 juta
2011 – £12.6 juta
2012 – £12.6 juta
2013 – 17 juta (pampasan)

Chelsea

2013 – £8.5 juta
2014 – £8.5 juta
2015 – £12.5 juta (Pampasan)

Manchester United

2016 – £12 juta
2017 – £12 juta
2018 – £12 juta
2019 – £19.6 juta (Pampasan)

Tottenham Hotspur

2018 – £15 juta
2019 – £15 juta
2020 – £34 juta (pampasan)

Secara pukalnya jumlah gaji yang diterima Mourinho dari tahun 2004 hingga 2020 adalah sebanyak £152.4 juta, ataupun kira-kira RM873.24 juta je.

Dengan berita terbaru pemecatannya, Mourinho menambah  £34 juta lagi dalam akaunnya hanya daripada pemecatan sahaja. Kini jumlah pampasan pemecatan beliau bernilai £118.8 juta bersamaan RM678.8

Secara kesluruhan, gaji dan pampasan Mourinho adalah bernilai £271.2 juta ataupun RM1.56 billion sebelum ditolak cukai dan kwsp.

Selamat tinggal sekali lagi Jose. Kami tahun kamu akan kembali menguruskan mana mana kelab di masa akan datang. Selamat menikmati wang pampasan kamu sambil memikirkan untuk membeli sebuah kapal angkasa pun boleh. Kerana Elon Musk pernah menawarkan kapal angkasa mampu milik sekitar £40 juta.

Baca yang lain