Jose Mourinho telah mengeluarkan kenyataan panas tentang Liga Super Turki yang menurutnya terlalu hitam dan busuk. Sehinggakan tiada siapa pun kisah tentang liga tersebut.
Mourinho terlibat dalam beberapa siri kontroversi sejak tiba di Fenerbahce. Terbaru dia mengecam pengadil Liga Super Turki yang teruk.
“Saya tak akan datang ke sini, kalau saya tahu seteruk ini kualiti pengadil di sini,” kata Mourinho selepas pasukannya menang pada masa kecederaan minit ke-102.
Di mana dia berlari ke dalam padang untuk melakukan knee slide yang gagal, ketika meraikan gol lewat Sofyan Amrabat itu.
JOSÉ MOURINHO KNEE SLIDES ONTO THE PITCH AS FENERBAHCE WIN THE CLASSIC IN THE 102ND MINUTE!
Classic!🤣pic.twitter.com/4KDCLrtSOL
— IM🇵🇹 (@Iconic_Mourinho) November 3, 2024
Walaupun menang, Mourinho tak puas hati kerana Trabzonspor diberikan 2 sepakan penalti. Dan Mourinho berpendapat pasukannya berhak mendapat penalti sebelum gol kemenangan Amrabat.
Selepas tamat perlawanan, Mourinho berkata: “Saya salahkan Fenerbahce sebab bawa saya ke sini. Mereka hanya cakap separuh sahaja tentang realiti liga ini.
“Namun dengan separuh daripada kebenaran ini, bersama pemain pemain saya, kami melawan lawan kami dan sistem di sini.
“Pengadil VAR memberikan isyarat untuk 2 penalti kepada lawan kami ketika pengadil tidak merasakan ia penalti awalnya. Dan mereka sedang menikmati teh Turki ketika kami sepatutnya dapat penalti.
“Pemain terbaik perlawanan ialah Atila Karaoglan [pengadil VAR]. Kita tak nampak dia, namun dia adalah pengadil hari ini. Pengadil perlawanan hanya budak kecil yang berada atas padang, sedangkan pengadil sebenar ialah Atilla Karaoglan.
“Dia adalah manusia halimunan dan paling penting dalam perlawanan ini. Saya bercakap mewakili suara setiap penyokong Fenerbahce, dan kami tak mahukan dia mengadili perlawanan kami lagi. Kami tak mahu dia berada di bilik VAR. Kami tak mahu dia berada atas padang, dan lain lain.”
Seterusnya Mourinho mengecam Liga Turki yang busuk dan teruk. Dia menambah: “Tiada siapa orang di luar negara ini yang menyaksikan Liga Turki. Siapa yang nak tengok liga ini di luar negara?
Jose Mourinho says the Turkish league "smells bad" and nobody watches it 😳 pic.twitter.com/ZLRbsoNVbh
— BBC Sport (@BBCSport) November 4, 2024
“Mereka ada Liga Perdana Inggeris, Ligue 1, Bundesliga, Liga Portugal, Liga Belanda, jadi buat apa mereka nak layan liga ini?
“Liga ini terlalu kelabu, terlalu hitam, baunya busuk. Namun itu sudah tugas saya [untuk mempertahankan pasukan saya]. Dan saya akan melakukan apa sahaja dalam tugas saya kepada kelab ini.”