Dele Alli telah menngamuk ketika dikeluarkan oleh Jose Mourinho dalam aksi UCL – final 16, first leg berhadapan dengan RB Leipzig.
Pemain kebangsaan England tu dilihat menunjukkan rasa kecewanya, dan kemudain membaling botol air di hadapan pemain-pemain simpanan lalu.
Dele Alli dikeluarkan oleh Jose Mourinho, bersama dengan Gedson Fernandes, dengan memasukkan Erik Lamela dan Tanguy Ndombele.
Ali membaling botol air dengan sepenuh hatinya.
Name a more arrogant player in the Premier League right now than Dele Alli. I’ll wait. pic.twitter.com/ipu0b0btFe
— Max. ♣️ (@AFCMax9) February 19, 2020
Spurs tewas dalam aksi tersebut, dengan gol kemenangan RB Leipzig dijaringkan oleh Timo Werner menerusi sepakan penalti.
https://twitter.com/i/status/1230260079351517184
Namun Jose Mourinho menyatakan, Dele Alli bukan marah kepadanya. Sebaliknya marah dengan diri sendiri, selepas gagal beraksi baik.
Mourinho merasakan, buat apa Alli nak marah dengan dia kerana Mourinho sudah melakukan tugasnya dengan baik. Tetapi Dele Alli pula beraksi dengan teruk.
Mourinho mengenakan sindiran halus kepada Dele Alli.
Jose Mourinho berkata: “Saya rasa dia marah dengan prestasi dia sendiri, bukannya marah kat saya.”
https://twitter.com/i/status/1230375462603542528
“Saya rasa dia faham kenapa saya keluarkan dia. Selepas dia keluar, kami bermain dengan lebih baik,” jelas Mourinho kepada wartawan.
Jelas sekali Dele Alli beraksi sangat teruk semalam.
Dele Alli vs RB Leipzig
0 shots
0 key passes
2 dribbles attempted
2 dribbles failed
16 passes (lowest on pitch)
1 water bottle thrown (highest on pitch) pic.twitter.com/GxHiSefLDw— Simply Spurs Stats (@SimplySpursStat) February 19, 2020
Sebelum ini Jose Mourinho marah dengan wartawan yang bertanya, di mana Spurs yang sebenar.
Mourinho tak pasti apa jenis soalan yang diajukan kepadanya. Seolah olah mahu menuduh Spurs di bawah kendaliannya sedang merosot.
“Come on la, apa maksud kamu ‘Spurs yang sebenar? Come on!”
“Kita kena setia dengan bebudak ni, ayuhlah kita memuji usaha para pemain dan beritahu bahawa mereka sudah melakukan segalanya di atas padang.”
“[Erik] Lamela, kau tau tak berapa banyak sesi latihan dia terlibat sejak dia kembali daripada kecederaan?
“Kosong. Direct daripada kecederaan, dia masuk ke dalam padang dengan para fisio, direct 20 minit perlawanan UCL.”
“Inilah pasukan kita. Kamu nampak benda tu, dan kamu boleh tengok dua perspektif.”
"It's like to go to a fight with a gun without bullets. We did all we could do."
Jose Mourinho on Tottenham's display this evening and injuries amongst the squad…
🎤 @DesKellyBTS pic.twitter.com/o5rkdMFFDt
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 19, 2020
“Perspektif pertama adalah, mereka ini adalah sekumpulan pemain yang melakukan apa saja. Perspektif satu lagi, kamu dapat tengok di mana kami ketika ini.”
“Kau tengok pula pemain pasukan lain. Mereka ada [Patrik] Schick, [Timo] Werner, dengan [Christopher] Nkunku.”
“Nkunku keletihan? Mereka masukkan [Emil] Forsberg. Schick keletihan? dikeluarkan masuk pula [Yussuf] Poulsen.”
“Ini situasi kita sekarang. Kitorang seperti berperang dengan senapang yang tidak ada peluru.”
Mourinho kemudian menjawab kritikan daripada penyokong Spurs kerana mempertikaikan pemilihan pasukan beliau.
Spurs kini tanpa pemain utama, Harry Kane dan Son Heung-min yang cedera panjang.
🗣️ "It's like to go to a fight with a gun without bullets. We did all we could do."
🗣️ "Thanks for making us play again on Saturday morning… Bye."
Peak Mourinho has officially returned. 😂 https://t.co/hYXsHrfnGV
— SPORTbible (@sportbible) February 20, 2020
Mourinho menyatakan bahawa, beliau terpaksa membuat rotation kerana ada perlawanan menentang Chelsea selepas ini.
Pastinya penyokong Spurs berharap Dele Alli akan kembali ke prestasi terbaik beliau, terutama sekali ketika awal pengambilalihan ole Jose Mourinho.