Jose Mourinho menuduh perseteruan antara Galatasaray dengan Fenerbahce lebiih daripada sekadar permusuhan bola sepak. Ianya melibatkan isu lebih sistematik.
Menurut Mourinho, Liga Turki selama ini sudah ‘dipegang’ oleh Galatasaray. Dan dia kini berada di Fenerbahce untuk membantu kelab itu menentang kerosakan sistem itu.
Baru baru ini, Galatasaray membuat laporan polis ke atas Jose Mourinho atas dakwaan melakukan jenayah perkauman dan menghina rakyat Turki.
Ini selepas Mourinho menggelarkan pemain pemain dan staf Galatasaray di tepi padang terlompat lompat macam monyet. Galatasaray menuduh ianya ditujukan kepada pemain berkulit hitam mereka.
Seterusnya Mourinho menganggap aksi Galatsaray dan Fenerbahce akan lebih baik jika pengadil adalah orang luar, bukan pengadil Turki.
Galatasaray menuduh Mourinho menghina orang Turki. Mourinho menafikan dia rasis dan menghina orang Turki.
Didier Drogba antara bekas pemain Galatsaray yang mempertahankan Jose Mourinho sambil berkata: “Mourinho yang dulu dan sekarang bukan rasis sama sekali. Takkanlah ayah saya seorang rasis,” tulis pemain itu.
Mourinho tidak takut dengan ugutan dia terima di Turki terutama sekali daripada peminat dan pengurusan Galatasaray.
Dalam sidang media UEL menentang Rangers, Mourinho memberitahu dunia bahawa, realiti di Turki ada pihak yang mengawal liga bola sepak di sana iaitu Galatasaray.
Mourinho mengecam sikap Galatasaray yang dianggap terlalu dominan di Liga Turki. Dan iatu juga membuatkan tugasannya di Fenerbahce menjadi sangat sukar.
Lantas Mou nekad mahu mengubah perkara tersebut.
Dia menyatakan: “Apa yang saya buat adalah lebih kepada demi orang lain berbanding diri saya. Saya sudah berubah demi kebaikan.
“Saya boleh beritahu pemain saya minggu lepas bahawa, apabila kita mengalahkan Anderlecht di tempat sendiri pada second leg, kerana saya sudah ada pengalaman dalam 200 perlawanan di Eropah dan segalanya sudah pun berlalu.
“Saya sekarang lebih banyak bekerja untuk orang lain, untuk pemain, untuk lembaga pengarah kelab saya, untuk peminat, dan kurang untuk diri sendiri. Saya rasa lebih baik sekarang berbanding dulu.
“Dah tentunya fizikal saya dah berubah. Namun sebagai jurulatih, saya lebih baik pada hari ini.
Mourinho kemudian membandingkan permusuhan antara Galatasaray dan Fenerbahce dengan derbi Glasgow di Scotland antara Rangers dan Celtic yang turut digelar Old Firm.
Bezanya kata Mourinho, derbi Old Firm perseteruan dari sudut kesukanan pada lapangan yang adil. Sebaliknya di Turki dia menentang sistem yang didominasi pihak tertentu iaitu Galatasaray.
Bekas pengurus, Chelsea, Real Madrid dan Man United itu berkata: “Saya rasa di Scotland permusuhan di sini berdasarkan perseteruan sebenar dan semangat sebenar.
“Sebelum final UEFA Cup 2003, antara Celtic di Seville, saya berpeluang untuk pergi ke Scotland untuk menganalisi Celtic, termasik perlawanan menentang Rangers di Ibrox. Ianya cantik, hebat.
“Di sini, di Turki, perseteruan di ini bukan sekadar bola sepak, ianya sistem yang dikawal oleh saty kelab yang menjadikan liga ini mereka yang punya, dan ya, baunya agak busuk
“Sebuah kelab sedaya upaya untuk memecahkan dominasi Galatsaray dalam liga ini, namun dominasi ini bukan dari segi kesukanan atau bola sepak, ianya dominasi pada sistem. Ini membuatkan tugasan di sini benar benar mencabar.
Jose Mourinho Tnt Sports’a verdiği röportaj’da Galatasaray’ın gerçekte nasıl rezil bir şekilde şampiyonluk yaşadığını tüm dünyaya anlatıyor.
— Furkan 🏆 (@bakfurkn) March 6, 2025
“Saya adalah penyokong tegar kelab yang mengamalkan bola sepak yang bersah, kelab yang nak menang Liga Turki dengan cara yang bersih dan cara yang betul.”