José Mourinho kecewa dengan keputusan pengadil ketika aksi antara Tottenham Hotspur dan Manchester United (1-1).
Di mana pengadil menghadiahkan dua penalti. Dan salah satu daripadanya ditarik balik oleh VAR.
Tottenham memulakan permainan dengan baik, tetapi semakin sukar pada babak kedua. Pasukan Mourinho bertahan dengan agak lama, tetapi melepaskan gol penyamaan untuk pasukan lawan pada minit ke-81 hasil sepakan penalti oleh Bruno Fernandes.
Penalty drama denies Man United in draw at Tottenham
Bruno Fernandes's penalty salvaged a 1-1 draw for Manchester United at Tottenham as the Red Devils had another late spot-kick overturned by a VAR review on Friday. Jose Mourinho was on course to get th… https://t.co/YhTsS2ewx5 pic.twitter.com/OhCs8SeXQH— HSR Sports (@HsrSports) June 20, 2020
Ini selepas Eric Dier menjatuhkan Paul Pogba. Jon Moss memberikan penalti kepada pelawat sekali lagi selepas itu. Namun VAR menunjukkan Bruno Fernandes melakukan diving.
Menurut Mourinho, kedua dua situasi penalti itu adalah tidak masuk akal.
“Saya tidak gembira dengan penalti pertama dan saya tidak gembira dengan penalti kedua,” kata Mourinho selepas itu di BBC.
What did you make of both decisions where Manchester United were awarded a penalty by Jon Moss in tonight's match? 🤔
Jose Mourinho explains why he was unhappy with how they were handled…
Watch live on Sky Sports Premier League now: https://t.co/DHrp3e9h7N pic.twitter.com/1bfPRDR1QC
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 19, 2020
“Saya tidak gembira dengan VAR. Pengadil boleh melakukan kesilpan mudah dan memberikan penalti, tetapi bukan VAR.”
“Pada penalti kedua, saya tidak gembira dengan Moss, kerana dia tidak memberikan sepakan percuma kepada Sergie Aurier dan kemudian dia memberikan penalti yang terlalu mudah. Kali ini VAR memberikan kebenaran. ”
Mourinho juga menyatakan bahawa beliau tahu Manchester United mendapat banyak penalti musim ini.
“Kita semua tahu bahawa United telah menerima sejumlah penalti yang banyak musim ini, jadi kita tahu bahawa sebarang situasi di kawasan penalti akan sangat berbahaya bagi kita.”
“Kita harus sangat, sangat berhati-hati. Dengan setiap rembatan yang ingin kita halang, kita harus meletakkan tangan kita di belakang badan, kerana kita tahu itu boleh berlaku.”
“Saya fikir penalti kedua benar-benar luar biasa. Sekiranya VAR memutuskan ia adalah simulasi, maka pemain itu harus menerima kad kuning, tetapi tidak.”
“Oleh itu, saya agak marah dengan kedua dua keputusan itu, tetapi begitulah, “kata pengurus berbangsa Portugis itu, yang turut gembira dengan usaha pasukannya.
“Saya gembira dengan sikap, organisasi dan kawalan kami dalam perlawanan ini. Kami bermain sangat mantap dan meletakkan United dalam kedudukan yang tidak mereka sukai. Saya sangat gembira dengan itu. ”
Namun adakah Mourinho betul dengan tuduhannya bahawa United paling banyak mendapat penalti musim ini?
Kita semua tahu Mourinho pengurus yang sangat teliti dengan butiran teknikal dan taktikal. Dan beliau ternyata tepat. Jelas sekali beliau bersedia sebaiknya untuk perlawanan ini.
Berikut adalah rekod penalti di Liga Perdana Inggeris musim ini, musim 2019/20.
Agak mengejutkan pasukan Everton masih belum mendapat sebarang sepakan penalti pada musim ini. Pasukan di bandar Manchester, iaitu Man United dan Man City jelas paling tinggi.
Walaupun jelas Man United banyak dapat penalti namun Jose Mourinho harus menyalahkan diri sendiri. Pada separuh masa kedua beliau mengarahkan pasukannya drop to deep ke belakang untuk bertahan selepas ada gol pendahuluan yang cuma satu gol.
Itu yang membuatkan Man United terus mara dan menekan mereka. Dan akhirnya melakukan kesilapan.