Moyes: “Dulu Dah Lelong Nasi £100 Juta, Korang Tak Nak, Sekarang Tiada Lagi Harga Kawan Kawan”

David Moyes baru baru ini menyatakan bahawa mereka sudah menyenaraikan Declan Rice dengan harga lelong £100 juta musim panas lalu.

Dengan beberapa kelab termasuk Man United dan Chelsea berminat dengan pemain itu. Namun oleh kerana harga terlalu mahal, maka kelab kelab tersebut menarik diri daripada bidaan.

Ini kerana West Ham meletakkan tanda harga £100 juta yang dianggap sangat mahal.

Dan sekarang David Moyes mengakui bahawa Declan Rice terus menjadi buruan kelab kelab besar lain. Moyen menyatakan dia tak risau dengan situasi itu. Kerana dia tahu pemain itu pasti akan terus dikehendaki kelab kelab besar lain.

Cuma sekarang Moyes mengingatkan bahawa harga £100 juta yang dianggap harga diskaun, sudah tak ada lagi sekarang. Siapa yang suruh lepaskan peluang untuk membeli Rice ketika diletakkan harga serendah £100 juta sahaja.

Moyes berkata: “Kitorang ramai juga pemain yang bagus bagus dalam kelab ni.”

“Saya berpendapat, ketika kamu membangunkan dan mengembangkan bakat pemain pemain ini, pasti akan ada kelab lain yang datang memantau dan memerhatikan pemain pemain kamu.”

“Itu perkara yang bagus, kerana itu bukti kejurulatihan kamu sedang melakukan tugas di landasan yang betul.”

Ditanya sama ada beliau takut kehilangan pemain pemain penting dalam pasukannya? Moyes berkata:

“Tak, tak, saya tak takut pun, terutama sekali pemain seperti Rice.”

“Sebab kamu dah tahu kan sebelum ni kita bagi harga lelong £100 juta kepada sesiapa yang mahukan Declan Rice.”

“Tapi harga lelong tu dah tak ada dah.”

Sambil merenung tajam, Moyes bermonolog: “Kau makan siakap Langkawi pun mahal kau tau, kalau kau ambik yang jenis buat persembahan tu. Inikan pula kau nak terus nasi. Nak murah kau cuba bida topi nasi je la.”

Rice terus menjadi tunjang kekuatan West Ham musim ini dan juga untuk pasukan kebangsaan England.

Thomas Tuchel dan Ole Gunnar Solskjaer masih lagi menjadi antara dua pengurus yang masih memantau perkembangan Declan Rice.

Rice bermain di posisi no.6. Beliau juga bermain sebagai box to box di atas padang. Rice sangat bagus ketika bertahan dan juga ketika menstabilkan pasukannya di tengah padang.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi