Moyes Klaim Dia Sebagai Punca Liverpool Kepanasan Dan Sign Diaz Segera

Pengurus West Ham United David Moyes telah mendakwa bahawa dia bercakap dengan Luis Diaz sebelum Liverpool menandatangani pemain Colombia itu.

Luis Diaz sedang menikmati kehidupan dalam mimpinya sejak berpindah ke Anfield. Hanya beberapa perlawanan sahaja dia sudah menjadi kesayangan peminat dan kemudian membantu Liverpool menjulang Piala Liga.

Selepas melihat prestasi cemerlang pemain itu, David Moyes menyatakan dia tak hairan, kerana Diaz memang bagus.

Moyes malah mengklaim bahawa dia antara punca Liverpool menandatangani Diaz pada Januari.

Sebelum Liverpool menandatangani Luis Diaz dari FC Porto pada Januari, Tottenham Hotspurs pada asalnya mendahului perlumbaan mendapatkan pemain antarabangsa Colombia itu.

Antonio Conte sangat meminati Luis Diaz. Bagaimanapun, nampaknya Liverpool bukanlah Spurs satu-satunya kelab Liga Perdana yang berminat dengan pemain sayap Colombia itu.

Dalam temu bual dengan The Mirror baru-baru ini, pengurus West Ham United, David Moyes telah berkata bahawa kelab yang berpangkalan di London itu hampir menandatangani Diaz pada Januari.

Menurut Moyes, Liverpool mulai tak senang duduk apabila dia mulai bercakap dengan Luis Diaz secara peribadi.

“Memang betul. Saya bercakap dengan Luis Diaz melalui telefon dan kami agak jauh untuk menandatanganinya dari Porto,” kata Moyes.

“Pemahaman saya ialah Liverpool akan datang untuknya pada musim panas, dan saya akan cuba mendapatkannya pada Januari.”

Moyes kemudian merasakan bahawa, Liverpool kemungkinan panik dan terus menukar perancangan untuk mendapatkan Luis Diaz selepas mengetahui bahawa pemain itu sedang berunding dengan mereka.

Ini kerana Liverpool bercadang mendapatkan Diaz pada musim akan datang berbanding dengan Januari.

“Saya tidak tahu sama ada kami cuba mendapatkannya pada Januari mungkin telah menukar keputusan Liverpool tetapi dia pemain yang sangat bagus.”

“Saya mempunyai tempoh di mana saya fikir kami sendiri. Kami bercakap dengan ejen di London dan mendapatkannya.”

“Kemudian kelab lain datang kepadanya. Kelab sudah bersedia untuk membuat tawaran untuk pemain yang betul dan malangnya kami tidak sampai ke tahap itu.”

“Saya ada berbual dengan Luis melalui telefon. Dengan seorang jurubahasa dan ejennya. Saya sangat berharap dia akan memilih West Ham.”

“Kami tidak mendapatkannya tetapi cita-cita kami untuk menandatangani pemain terbaik untuk meningkatkan West Ham adalah baik.”

Klopp Jelaskan Bagaimana Proses Scouting Liverpool Befrungsi Dalam Proses Pembelian Diaz

Luiz Diaz akhirnya dengan rasmi mendarat di kompleks Kirkby dan berjumpa dengan Klopp serta pegawai dan rakan rakan sepasukan baharunya. Pemain asal Colombia itu dibeli Liverpool dengan nilai £49 juta dari FC Porto. Selepas menerima pelukan ayahanda Klopp dan Pep Ljinders, Diaz terus melakukan sedikit prosedur pemeriksaan rutin dan terus menyertai latihan Liverpool.

Diaz memakai jersi no.23 yang ikonik kepada Jamie Carragher. Sempat bergambar untuk sesi pengenalan sebagai pemain baharu Liverpool berlatarkan dinding ikonik kepada mana mana pemain yang baru tiba.

 

Klopp: Diaz Late Bloomer

Jurgen Klopp melabel pemain 25 tahun itu sebagai late bloomer. Sebab itu namanya tidak begitu menjadi perhatian sebelum ini.

Namun dalam beberapa musim terakhir di Porto, prestasi Diaz memuncak. Membuatkan Liverpool tidak boleh mengabaikan untuk scouting bakat ini. Liverpool menewaskan Spurs dalam persaingan mendapatkan Luis Diaz. Di mana kelab London itu terlebih dahulu menghantar bidaan rasmi.

Liverpool menawarkan pakej yang hampir serupa, dan Diaz memilih untuk menyertai Liverpool. Ianya kerana faktor Jurgen Klopp dan kelab Liverpool itu sendiri yang dianggap Diaz sebagai kelab yang sempurna untuknya terus membangunkan bakatnya.

Liverpool menganggap rekrut Diaz ini sebagai rekrut untuk jangka masa panjang. Dan diharap akan memberikan impak segera dalam pasukan utama. Diaz berkata: “Saya komited untuk tersedia pada hari ini, pada hari pertama saya di sini. Saya sudah berlatih sedikit pada hari ini, saya sudah berada di padang latihan dan di gimnasium.”

“Mindset saya sudah ditetapkan untuk bersedia membantu pasukan saya dan menyumbang kepada pasukan. Saya tersedia untuk dipilih pengurus dan kejurulatihan, bila bila masa mereka perlukan khidmat saya. Saya sudah bersedia untuk pergi ke mana sahaja.”

“Bagi saya, ini adalah pasukan yang sempurna, itu yang menjadi faktor dalam saya membuat keputusan untuk datang ke sini. Saya kenal gaya permainan pasukan ini, dan berharap ianya akan dapat membantu saya dengan banyak.”

“Ini adalah momen paling penting untuk saya, dan sekarang ini fokus adalah untuk berkerja 100%, itu perkara pertama, agar dapat menyediakan diri menjadi pemain yang cergas untuk perlawanan. Dengan itu barulah saya boleh beraksi dengan baik di atas padang.”

“Saya rasa saya boleh memberikan banyak sumbangan kepada pasukan ini dengan skil, kelajuan dan teknik saya dengan bola serta kemampuan saya menggelecek. Saya rasa, itu antara beberapa kekuatan saya. Saya juga boleh menjaringkan gol. Sebagai tambahan, saya mahu menghantar mesej salam perkenalan kepada penyokong. Dan harap jika kamu berterusan menyokong pasukan seperti mana yang kamu lakukan selama ini, saya akan memberikan 100% yang ada pada duru saya untuk membantu pasukan ini dan berharap dapat menggembirakan anda semua.”

Bagaimana scouting Liverpool berfungsi

Klopp kemudian menjelaskan bagaimana proses scouting pemain berfungsi di Liverpool. Menurut beliau, adalah mustahil untuk beliau sebagai pengurus menonton aksi pemain seperti Diaz kerana dia banyak tugasan lain.

Lalu tugasan seperti ini adalah dilakukan oleh unit scouting atau pemantau bakat. Untuk Diaz, keadaannya lebih mudah kerana Vitor Matos yang sangat dekat dengan bola sepak Portugal dan sudah lama memantau pemain itu bersama Pep Ljinders.”

“Kita kini tidak boleh menonton semua [pemain] yang menarik dengan lebih dekat [terperinci], saya atau jurulatih. Maka, pegawai pemantau bakat kami melakukan itu, itulah sebabnya kami ada jabatan itu. Selalunya kita hanya mendapat petunjuk bahawa kita harus melihatnya dengan lebih dekat kerana mereka [team scouting sarankan].”

“Dan kami melakukannya. Ia tidak bermakna mereka [pemain yang dipantau] adalah pemain yang sesuai untuk kami harus beli pada jendela perpindahan seterusnya atau apa sahaja. Tetapi dengan Porto ia jelas berbeza kerana Pep dan Vitor, saya tidak pasti, Vitor mungkin menonton semua perlawanan Porto dan Pep banyak.”

Kemudian Klopp menyatakan bahawa Vitor dan Pep Ljinders sudah memaklumkan tentang Diaz sudah lama.

“Mereka sudah memberitahu saya tentang Diaz sangat awal, mereka kata ‘budak tu sangat menarik di sana’ dan kita harus melihat dengan lebih dekat. Sejak itu kami memerhatikannya.”

“Ia adalah sebahagian daripada proses, sudah tentu, menonton aksinya. Tetapi kita tidak boleh menonton satu dunia dengan berterusan. Kerana kelab agak sibuk dengan itu; jika ada pemain yang bagus di luar sana kita kenaplasti dia, atau ada bakat sebenar di luar sana kita kenalpasti mereka. Kemudian kita hanya perlu membuat keputusan. Sama ada ia menarik minat kita atau tidak. ”

“Adakah kita mempunyai seseorang dalam posisi itu atau tidak? Adakah seseorang akan datang untuk mengisi posisi itu [meruju kepada bakat muda dari dalam pasukan]? Adakah kita mempunyai bakat muda pada posisi yang berbeza? Perkara sebeginilah menjadi pertimbangan. Itulah bagaimana keseluruhan proses ini berlaku.”

Sam Wallace: Liverpool sailang Spurs yang terlalu lambat bertindak

Sebenarnya Liverpool sebelum ini tidak menyangka bahawa Diaz akan disenaraikan dalam pasaran perpindahan. Tetapi jabatan rekrut pemain Spurs benar benar memantau situasi pemain itu dan mengetahui bahawa Porto terdesak mahukan wang bagi menampung masalah hutang mereka.

Sam Wallace menggunakan terma Backdoored ataupun terkena serangan pintu belakang. Walaupun ramai tak setuju dengan terma itu kerana Diaz masih berada di pasaran terbuka untuk dibida dan dia milik Porto.

Tetapi konteks artikel itu sebenarnya merujuk kepada Liverpool menghijack Diaz daripada menyertai Spurs. Sebab tu dia letak simbol (‘ ‘) pada perkataan tu.

Situasinya adalah, Porto sebelum ini merasakan pemain tersebut akan dapat mencapai potensi sehingga dia menjadi pemain bernilai sekitar €80 juta. Maka itulah ada klausa pelepasan €80 juta dalam kontrak pemain itu.

Porto mensasarkan mereka akan mara ke pusingan kalah mati UCL. Jika itu berlaku, mereka yakin akan dapat bertahan untuk musim ini bagi menampung beban kewangan mereka.

Malangnya, mereka bungkus awal. Agak ironi kerana Liverpool antara punca mereka tersingkir awal. Lalu Porto sedia melepaskan beberapa pemain mereka termasuk Diaz.

Spurs yang menghidu perkembangan itu bertindak pantas. Porto dan Diaz dilaporkan sudah melakukan rundingan dengan Spurs. Dan kelab dalam proses penetapan harga.

Menurut laporan Telegraph, Daniel Levy mengetahui bahawa Liverpool cuba mengambil kesempatan untuk memintas mereka daripada persaingan menggunakan kelebihan yang mereka ada sebagai kelab yang lebih besar.

Walaupun awalnya rundingan dengan Spurs dikatakan sudah berakhir kerana isu harga selepas Spurs meminta pengurangan harga. Peluang itu digunakan Liverpool untuk menawarkan harga yang diminta Porto.

Melihat Liverpool membuka langkah, Spurs mulai menawarkan harga yang lebih baik. Liverpool kemudian memperbaiki tawaran mereka, dilaporkan setara dengan apa yang ditawarkan Spurs dan pakej gaji yang sama juga ditawarkan.

Dalam keadaan ini, Porto ada dua pilihan. Dan kedua dua pilihan itu mendatangkan keuntungan yang sama kepada mereka. Jadi mereka tiada masalah untuk meminta pemain itu memilih sendiri.

Dengan status Liverpool yang lebih gah, pastinya Diaz lebih tertarik ke Liverpool. Walaupun Spurs ada Conte, Liverpool tetap memiliki Jurgen Klopp.

Spurs akhirnya datang dengan tawaran €60 juta keseluruhan. Di mana Liverpool menawarkan harga yang sama dengan bayaran asas €40 juta disusuli bonus €20 juta.

Diaz akhirnya rasmi menjadi milik Liverpool. Lebih menarik apabila Liverpool sudah menghantar terus pegawai mereka ke Argentina untuk melakukan prosedur medikal dan kemudian untuk proses sign kontrak rasmi.

Di mana Spurs tidak tahu langsung Liverpool akan bersedia sampai tahap itu. Diaz ketika ini bersama dengan Colombia dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Ini bukan pertama kali Spurs disailang dengan kejam di saat akhir. Sebelum ini berlaku kepada Willian apabila pemain itu disailang oleh Jose Mourinho di Chelsea. Sehinggakan Mourinho menyatakan Willian dah tak perlu medikal dan di Chelsea sebab dia dah buat dengan kelab lain – merujuk kepada Spurs.

Namun beberapa tahun lalu, Spurs juga banyak menyailang sasaran Liverpool termasuk Clint Dempsey, Dele Alli dan Gylfi Sigurdsson.