MSL: JDT 5 Kelantan 1 – Harimau Selatan Kekalkan Permulaan Sempurna

4 perlawanan dan 4 kemenangan! Itulah rekod yang dicatatkan JDT setakat ini.

JDT memulakan musim Liga Super 2023 dengan permulaan sempurna setakat ini.

Dalam aksi sebelah petang Sabtu, JDT membelasah Kelantan 5-1 di hadapan penyokong mereka sendiri.

JDT turun tanpa penyerang sensasi mereka Bergson. Sementara Kelanta turut kehilangan khidmat De Murga akibat kecederaan.

JDT memulakan pemburuan 3 mata dengan mendahului minit ke-3 lagi menerusi Diogo.

Ianya adalah jaringan pertamanya dalam Liga Super Malaysia selepas kepulangan semulanya ke JDT musim ini. Musim berbeza, keraian yang sama!

Diogo memanfaatkan bola rebound di hadapan gol Kelantan.

Pada minit ke-26, giliran Endrick pula menjadikan skor 2-0. Ianya adalah gol ketiga peribadinya musim ini.

Sebelum rehat, penyerang sensasi Fernando Forestieri menjadikan kedudukan 3-0.

Bersambung babak kedua, JDT tidak memperlahkan tempo mereka. Malah menambah 2 lagi gol.

Juan Muniz menjaringkan gol keempat JDT minit ke-56.

Sementara pemain MVP Liga Malaysia musim lalu, Arif Aiman menjaringkan gol kelima JDT pada minit ke-82 menerusi sepakan penalti.

Namun sebelum itu, Kelantan sempat mencuri 1 gol, menerusi Leonardo Roulon.

Itu adalah bolos pertama JDT pada musim ini dalam Liga Super Malaysia.

Pengendali JDT tiada masalah dengan bolos tersebut. Kerana menurutnya, pertahanan JDT masih seperti yang dia mahukan dan berada dalam keadaan konsisten.

JDT menang 5-1 ke atas Kelantan. Ianya kekalahan ketiga Kelantan musim ini.

JDT merekodkaan 4 kemenangan selepas 4 perlawanan, dengan 17 gol dan hanyta 1 bolos.

Mereka kekal memimpin Liga Super Malaysia.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil