MSL: Teamgoal Merecik Dan Penalty Save Bantu Felda Utd Tamatkan Winning Streaks JDT

JDT menjamu kunjungan Felda United dalam aksi ke-4 Liga Super musim ini. Perlawanan berlangsung di dalam stadium kosong berikutan langkah berjaga – jaga daripada wabak koronavirus.

JDT turun dengan trio tengah yang sama iaitu Natxo Insa, Afiq Fazail dan Nazmi Faiz. Safawi Rasid masih belum cergas sepenuhnya. Tempat beliau digantikan Syafiq Ahmad.

Felda United tampil dengan formasi 4-4-2 dengan kepulangan semula Jasazrin ke Johor menentang pasukan lamanya.

Dua striker import digandingkan di hadapan.

Separuh masa pertama

Minit ke-12, Diogo hampir meletakkan JDT di hadapan selepas menerima hantaran lintang Corbin Ong.

Corbin create chance lagi, gagal disambar pemain JDT – minit ke-13

Syafiq Ahmad akhirnya meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-21. Beliau melakukan flick shot yang menewaskan Muhaimin Mohamad selepas menerima square pass daripada Matthew Davies.

Nazmi Faiz memiliki peluang untuk menambah gol. Tetapi rembatan dari luar beliau terlalu lemah dan mudah diselamatkan.

Minit ke-27 JDT hampir dibocori. Satu gerakan cantik Nicolas Velez yang menerima hantaran lolos. Namun Farizal Marlias cemerlang menghadangnya.

Fadhli Shas melakukan tandukan yang diselamatakan Nicolas Velez di atas garisan.

Diogo melakukan sepakan percuma yang deras tetapi tepat ke arah Muhaimin.

Ryutaro memiliki peluang terbaik untuk mencipta sesuatu selepas JDT cuai dan hilang bola di kawasan sendiri. Namun Fadhli Shas melakukan satu lagi hadangan.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0 memihak kepada pasukan JDT.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Felda United terus menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Frederic Bulot menyamakan kedudukan. Kredit kepada Nicolas Velez yang melalukan serangan di byline sebelah kanan dan mencipta peluang kepada rakannya.

Velez menerima bola daripada Ryukami, kemudian beliau mengembalikan bola kepada pemain tersebut.

Ryukami sekali lagi mengembalikan bola kepada Velez yang kemudian melorongkan rendah kepada Bulot. Memang lawan teamgoal ni.

JDT gagal mengeluarkan bola pertama dan Bulot mengambil kesempatan.

Pada minit ke-55, Nicolas Velez melencongkan bola yang cantik selepas menerima hantaran oleh Jasazrin. Lain macam aksi Jasazrin malam ni.

Namun JDT diberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain lawan.

Gonzalo Cabrera tampil untuk melaksanakan tugasan selepas dalam aksi lalu, Diogo gagal menyempurnakan penalti.

Gonzalo Cabrera melakukan penalti yang tidak kemas dan Muhaimin cemerlang menafikan penalti tersebut.

Minit ke-73, Muhamini melakukan double saves menafikan dua rembatan jarak dekat oleh Diogo dan juga susulan oleh Nazmi Faiz Mansor.

JDT memiliki beberapa peluang lagi tetapi pertahanan Felda United cemerlang menghadangny

Akhyar melakukan shot deras dari luar kotak penalti, namun Muhaimin cemerlang menangkapnya.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1.

JDT kekal di tangga teratas liga buat masa ini.

Fakta dan Statistik

  • Ini penamat kepada kemenangan empat perlawanan berturut-turut JDT dalam semua pertandingan selepas kalah dengan Vissel Kobe.
  • Setakat dua kunjungan Felda United ke tempat lawan, mereka masih gagal menang
  • Ini juga kali pertama JDT keciciran mata di Stadium Sultan Ibrahim dalam semua kompetisi.

Baca yang lain