MU Bangga Zainal Abidin 21 Gol Di Belakang CR7, Atasi Pele, Messi & R9

Melaka United /MU berkongsi rasa bangga apabila pengendali mereka, Zainal Abidin Hassan diiktiraf oleh Globe Soccer Awards sebagai pemain ketujuh paling banyak jaringan untuk pasukan kebangsaan.

Sekaligus mengatasi Lionel Messi dengan lapan gol. Tetapi Zainal Abidin Hassan tetap 21 gol di belakang Cristiano Ronaldo.

Sebagai perbandingan Ronaldo Fenomeno pun hanya menjaringkan 62 gol untuk Brazil. Power kan abang Jenal kita.

Lebih membanggakan apabila Zainal Abidin Hassan mengatasi Pele dengan beza 1 gol.

Melaka United dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“MUSA dengan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yang menerima pengiktirafan daripada Globe Soccer Awards sebagai 10 Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman peringkat antarabangsa bersama Skuad Bolasepak Kebangsaan.”

Di dalam ranking 8 teratas tersebut hanya Cristiano Ronaldo dan Sunil Chettri yang masih lagi aktif.

Cristiano Ronaldo dilihat berada pada landasan terbaik untuk menjadi terbanyak sepanjang zaman.

Alie Daei unggul

Ali Daei masih menjadi penjaring paling banyak untuk negara dengan 109. Penyerang yang sangat legendary.

Di belakang beliau adalah Cristiano Ronaldo dengan 99 gol, hanya 10 sahaja yang membezakan mereka.

Critiano Ronaldo dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Beliau pernah membantu negaranya memenangi Euro.

Ferenc Puskas dari Hungary yang bermain untuk pasukan generasi emas negaranya mencetak 84 gol di dalam kariernya dahulu – berada di tangga ketiga. Rekod beliau dipintas Ronaldo pada tahun lalu.

Legenda Jepun, Kunishige Kamamoto pula merekodkan 80 jaringan antarabangsa untuk negaranya. Diikuti Godfrey Chitalu, yang menjaringkan 79 gol untuk Zambia.

Di tangga keennam ialah legenda Iraq, Hussein Saeed dengan 78 antarabangsa.

Zainal Abidin atasi Pele

Di ranking ketujuh adalah legenda Malaysia, Zainal Abindin Hassan dengan 78 gol. Pemain yang merupakan total player, di mana beliau boleh bermain di semua posisi outfield.

Pele di belakang Zainal dengan 77 gol antarabangsa. Pele seringkali dijulang sebagai manusia paling power dan handal bermain bola sepak di dalam sejarah.

Dua lagi nama legenda ialah; legenda Kuwait Bashar Abdullah (75 ); serta legenda India, Sunil Chhetri (72).

Zainal Abidin Hassan legenda selamanya

Nama Zainal Abidin Hassan memang sangat legenda. Ketika bergelar pemain beliau telah menjulang banyak kejuaraan.

Antaranya 4 Piala Malaysia, 3 Kejuaraan Liga dan 2 Piala FA. Beliau signifikan dengan kariernya bermain untuk Selangor dan Pahang.

Zainal Abidin Hassan bersara penuh dari bola sepak pada 1999. Dan beliau meneruskan karier di lapangan bola sepak sebagai jurulatih.

Zainal Abidin pernah membimbing Pahang memenangi 2 Piala FA dan 1 Piala Malaysia. Dan kini beliau mengendalikan pasukan Melaka United.

Nampaknya, Lionel Messi kena berusaha lagi untuk mengejar abang Jenal legend kita. Lionel Messi kini menjaringkan 70 gol antarabangsa.

Beliau masih ada peluang untuk memintas Pele dan Zainal Abidin berdasarkan penglibatannya yang masih aktif di dalam pasukan kebangsaan. Mujur Messi tak jadi bersara hari tu wei.

Globe Soccer Awards merupakan acara anugerah tahunan untuk bola sepak dunia. Ianya anjuran Kesatuan Ejen Pemain Eropah dan juga Kesatuan Kelab Eropah.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai