Muktamad: Pengurusan Tertinggi Bayern Menentang Idea Menandatangani Tetap Coutinho

Sebelum ini pengurusan tertinggi Bayern Munich menyatakan bahawa mereka tidak akan membeli Coutinho secara tetap dari Barcelona, walaupun pemain itu setakat ini menjaringkan 8 gol dan 6 assist bersama mereka.

Namun begitu, pengurus Bayern, Hansi Flick dilaporkan mahu menilai semula kedudukan Coutinho dan mungkin akan cuba memberikan pemain itu talian hayat.

Malang sekali, pengurusan tertinggi Bayern menentang perkara tersebut. Di mana Rummenigge sudah memberitahu bahawa, mereka menentang sepenuhnya sebarang usaha mahu mengaktifkan klausa pembelian tetap bernilai €120 juta.

Sebelum ini Bayern sudah menyatakan mereka memang tak akan mendapatkan pemain itu secara tetap. Fokus mereka adalah untuk mendapatkan Leroy Sane dan membelanjakan wang mereka untuk melanjutkan lagi kontrak beberapa pemain.

Karl-Heinz Rummenigge memberitahu Der Spiegel pada Jumaat, mereka akan membiarkan kontrak Coutinho secara pinjaman tamat dan akan menghantar pemain itu pulang ke Barcelona.

Beliau mengesahkan bahawa, Bayern memang tak mengaktifkan apa apa klausa yang berkaitan dengan perpindahan tetap.

Rummenigge berkata: “Kami tidak mengaktifkan klausa itu lagi. Dan kami akan mengeluarkan perancangan kami pada musim hadapan.”

Rummenigge tidak menolak bahawa mereka mungkin akan mengekalkan Coutinho tetapi bukan sebagai pemain tetap. Sebaliknya melanjutkan kontak pinjaman pemain itu.

“Tengoklah nanti, kalau beliau masih diperlukan untuk bermain bersama kita pada musim hadapan ataupun tidak.”

Coutinho sudah bermain dalam 23 daripada 25 perlawanan liga musim ini.

Namun Bayern tidak sanggup untuk membayar  €120 juta untuk Coutinho. Malah tak banyak pasukan lain yang sanggup membayar angka tersebut. Kecuali Barcelona menurunkan tanda harga pemain itu.

Sebelum ini terdapat juga laporan menyatakan bahawa Chelsea antara pasukan yang berminat mendapat Coutinho. Namun Barcelona mahukan jaminan bahawa Chelsea perlu memberikan jaminan bahawa mereka akan menandatangani pemain itu secara tetap.

Sejak meninggalkan Liverpool, karier Coutinho sudah berubah dan tak seperti dahulu. Beliau bergelut untuk menjadi pemain utama pasukan seperti Barcelona dan juga gagal untuk menambat hati pengurusan Bayern Munich.

Baca yang lain