Mulai Musim Depan, Sepakan Penjuru Kepada Pasukan Lawan Jika Keeper Pegang Bola Lebih 8 Saat

IFAB – badan penggubal peraturan bola sepak dunia – dilaporkan bakal melaksanakan peraturan baharu melibatkan bola yang dipegang penjaga gol lebih 8 saat.

Jika seseorang penjaga gol memegang bola lebih 8 saat, maka sepakan penjuru akan diberikan kepada pasukan lawan.

Ini untuk memastikan penjaga gol tidak melengahkan perlawanan. Hukuman sepakan penjuru dianggap paling ideal.

Sebelum ini memang sudah ada peratruran 8 saat penjaga gol memegang bola namun seringkali pengadil menggunakan budi bicara membiarkannya dan memberikan amaran.

Ada juga pengadil merasakan kad kuning atau kad kuning kedua untuk penjaga gol yang memegang bola lebih 8 saat terlalu berat hukuman itu.

Jadi solusinya kini, sepakan penjuru akan diberikan kepada  pihak lawan.

FIFA sebelum ini sudah diiberikan amaran tentang bola sepak semakin membosankan dan semakin kurang digemari golongan generasi baharu.

Salah satu sebabnya adalah gaya permainan negatif dalam bola sepak yang dianggap menjadikan sukan tersebut kurang seronok.

Namun untuk pasukan kerdil mereka pastinya cuba sedaya upaya mahu melengahkan perlawanan untuk mencapai kemenangan apabila mendahului.

Cuma kini peraturan baharu ini akan membuatkan lebih banyak sepakan penjuru yang akan diberikan kepada lawan.