Muller Ajar Xavi Dan Depay Apa Itu Cakap Serupa Bikin

Thomas Muller tampil dengan kenyataan berani memperlekehkan keupayaan Barcelona bersaing dengan pasukan yang bermain high pressing di peringkat tertinggi.

Muller juga berjaya menunjukkan kepada Xavi dan Depay bagaimana seorang yang berjanji akan menepati janjinya bukannya seperti seorang menteri yang suka berjanji semasa pilihanraya.

Agak ironi kerana Barcelona selama ini dikenali dengan gaya permainan high pressing di lapangan bola sepak.

Terutama sekali pada era Xavi menjadi pemain Barca. Dia adalah konduktor kepada high pressing di tengah padang.

Xavi Hernandez sendiri dalam sidang media mendidihnya turut mengkritik prestasi Barcelona dengan menyatakan bahawa pasukannya dibuli teruk oleh Bayern.

Barcelona gagal ke pusingan kalah mati Liga juara juara Eropa buat pertama kali sejak sekian lama. Kerana Barcelona sentiasa menjadi pesaing di Liga Juara Juara Eropah.

Dalam beberapa musim ini, Barcelona sudah dikejutkan dengan banyak peristiwa luka di Liga Juara Juara Eropah. Bermula dengan comeback AS Roma dan Liverpool. Kemudian kalah 8-2 di tangan Bayern dua musim yang lalu.

Barcelona kini menjadi permainan Bayern. Dalam tiga pertemuan Bayern menang 8-2, 3-0 dan 3-0 sekali lagi.

Xavi berkata: “Biasanya Barcelona mendominasi lawan mereka. Namun ini keadaannya sebaliknya. Di mana Bayern mendominasi kami.”

Xavi turut menyatakan dia sangat sedih dan marah melihat Barcelona kalah dan tersingkir ke UEL. Namun. Pada masa yang sama beliau turut mengakui bahawa itulah realiti Barcelona pada hari ini.

Xavi menambah: “Sakit dan marah melihat Barcelona kalah seperti ini. Pasukan ini seharusnya sentiasa beraksi dalam UCL dan bukan UEL. Namun realitinya sekarang itulah tahap kami ketika ini dan kami akan cuba memenanginya.”

“Ini boleh menjadi titik tolak kepada kebangkitan era baru kami. Kami harus bekerja keras dan memperbaiki diri selepas ini untuk mengembalikan semula kegemilangan Barcelona.”

Sebelum perlawanan Xavi Hernandez menegaskan bahawa tiada yang mengejutkan untuk Barcelona menang di Bayern kerana mereka pasukan yang setaraf Bayern.

Xavi sebelum perlawanan berkata: “Ianya bukan keajaiban pun untuk menang di Bayern kerana kami mampu menang menentang sesiapa.”

Sebelum itu, bintang Barca, Memphis Depay turut menyatakan bahawa mereka yakin akan membalas dendam ke atas Bayern selepas kekalahan sebelum ini.

Depay dengan yakin berkata: “Kami datang untuk membalas dendam ke atas Barcelona dan mara ke kalah mati. Barcelona tidak layak bermain di UEL.”

Realitinya pada aksi berdepan Bayern, Barca hampir sahaja kalah dengan keputusan lebih teruk. Thomas Muller menjadi salah seorang penjaring gol sekali lagi.

Muller sebelum ini juga sudah menegaskan bahawa Bayern mahu membantai Barcelona,  kerana kecewa dengan Ballon d’Or yang diberikan kepada Messi bukannya Lewandowski.

Muller menganggap itu satu penghinaan kepada bola sepak Jerman.

“Kita harus membuktikan apa yang bola sepak Jerman dapat lakukan, bermula dengan mengalahkan Barcelona di UCL Rabu ini.”

Muller kecewa kerana apa yang berlaku kepada Lewandowski pernah berlaku kepada Ribery pada 2013 yang lalu. Itu Muller yang cakap la.

Thomas Muller benar benar menunaikan janjinya berbanding Xavi dan Depay. Dia kemudian menegaskan bahawa Barcelona sebuah pasukan yang baik namun mereka tidak mampu bersaing dengan pasukan berkelas dunia yang bermain high pressing.

Thomas Muller berkata: “Mereka tak mampu bersaing dengan pressing yang tinggi dipersembahkan dalam bola sepak tertinggi hari ini. Di situlah kami mengambil kesempatan ke atas mereka.”

 

Bayern meneruskan kemaraan mereka selaku salah satu pasukan pilihan.