Muller Pilih EPL Kerana Lebih Kompetitif Berbanding La Liga

Thomas Muller telah menyatakan bahawa jika dia harus memilih untuk bermain sama ada di La Liga atau Liga Perdana Inggeris (EPL), dia menegaskan bahawa dia pilih EPL.

Ini kerana menurut Muller, EPL lebih kompetitif berbanding la liga. Di EPL ada lima atau enam pasukan yang bersaing untuk memenangi liga atau piala domestik.

Sementara di La Liga cuma didominasi 2 pasukan utama iaitu Real Madrid dan Barcelona. Dengan Atletico pula hanya beberapa kali memecahkan dominasi dua pasukan itu.

Ramai peminat kerap berdebat antara EPL atau La Liga, yang mana satu lebih bagus. Ternyata Muller ada jawapan dia sendiri jika dia diberikan peluang untuk memilih.

Bercakap kepada ESPN, Muller berkata:

“[Saya pilih] Liga Perdana Inggeris kerana saya nak juga tahu bagaimana rasanya bermain perlawanan yang sangat banyak seperti itu.”

Muller merujuk kepada jadual domestik EPL antara paling padat di eropah. Selain aksi liga ada juga piala fa dan piala liga.

Di Bundesliga mereka hanya ada 18 pasukan bersaing dalam liga dan pada apa domestik lebih sedikit jadualnya.

Muller menambah, EPL lebih menarik berbanding La Liga kerana banyak pasukan bersaing nak menjadi juara liga.

Legenda Jerman dan Bayern itu menegaskan: “Dan juga, ada lima atau enam pasukan bersaing untuk merebut kejuaraan liga. Ianya pasti akan menarik.”

Muller masih menjadi pemain penting dalam Bayern Munich di bawah kendalian Thomas Tuchel.