Munez Terharu Santi Munoz Sebenar Sertai Newcastle Seperti Filem GOAL

Kuno Becker, pelakon yang membawa watak Santiago Munez dalam filem Goal telah menghantar video pesanan khas kepada pemain baharu Newcastle, Santiago Munoz.

Seminggu selepas rumors dan ada yang menganggap rumors itu cumalah sensasi sahaja mengaitkan Munoz dengan Newcastle, akhirnya pemain B-23 Mexico itu benar benar menyertai Newcastle secara pinjaman dengan opsyen tetap.

Pemain berusia 18 tahun itu merupakan prospek panas di Liga MX bersama dengan Santos Laguna musim lalu. Beliau mewakili pasukan Piala Dunia B-17 Mexico dan meneruskan aksi cemerlangnya bersama dengan kelab.

Kini Munoz berpeluang untuk membuktikan kebolehannya di Premier League bersama dengan Newcastle.

Munez terharu dan gembira

Santiago Munez ternyata terharu apabila seni filem kini menjadi nyata. Dan berharap pemain itu akan berjaya seperti Munez dalam filem Goal.

Munez berkata kepada SportsBible: “Saya sayangkan Newcastle lebih dari segalanya. Mungkin kerana saya pernah ‘bermain’ untuk Newcastle dalam filem.”

“Maka saya sentiasa cuba mengenali pemain pemain mereka termasuk pemilik kelab sebelumnya.”

“Saya mendapat tahu pemain ini [Munoz] mengenali nama Newcastle ni sebab movie yang saya berlakon. Saya terkejut sekali.”

“Saya masih belum menjejak kaki ke Newcastle sejak berlakon movie itu. Saya sangat teringin. Kenapa tidak? Saya sukakan tempatnya.”

“Saya ada pengalaman indah di sana, pengalaman yang hebat dan filem itu sangat bermakna kepada saya.”

“Saya cintakan Geordies [gelaran untuk orang Newcastle]. Di sana penuh dengan senyuma, ucapan selamat pagi dan mereka sangat penyabar serta sentiasa berterima kasih. Penduduk bandar kecil yang hidup dengan baik sekali. Bersemangat dan gembira.”

Ketika Munoz dimumumkan menyertai Newcastle, pemain itu memberitahu rahsia di mana dia mengetahui nama kelab Newcastle ketika kecil kerana filem Goal.

“Saya ingat lagi, ketika saya kecil, saya menonton filem Goal. Filem itu masih membuatkan saya teruja sampai sekarang.”

“Ini impian menjadi nyata. Saya tak tahu tentang bandar ini namun kelab ini kelab yang hebat serta institusi yang kuat. Saya rasa saya akan menyesuaikan diri dengan baik.”

Munez: Ini adalah inspirasi kepada orang lain untuk terus berimpian

Munez berharap Munoz akan menjadi sepertinya, menjaringkan banyak gol untuk Newcastle, dan dia kemudian meminta Munoz agar tidak tertekan.

“Saya baru mendengar cerita nyata bahawa, pemain bola sepak ‘hebat’ ini baru menandatangani kontrak dengan pasukan Newcastle.”

“Pasukan dan bandar yang benar benar dekat di hati saya.”

“Santi Munoz, hampir sama namanya dengan wakat fiksyen dalam filem Goal, di mana saya membawa wantak Santi Munez.”

“Cerita yang hebat, dan saya pasti cerita nyata pun seperti itu, dengan gol yang banyak… jangan tertekan Santi.”

“Saya sentiasa percaya, Newcastle United dan filem Goal adalah kombinasi magikal! Dan sekarangnya ia lebih gila.”

“Pasukan ini telah menjadi inspirasi kepada impian. Movienya juga telah menjadi inspirasi impian.”

“Dan hari ini saya nak mengucapkan tahniah kepada Santi di dunia sebenar. Ia juga akan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk terus berimpian.”

“Felicidades [syabas] Santi, Felicidades Geordies, Go Newcastle United!”

Walaupun dia memiliki statistik yang bagus, namun ramai juga peminat merasakan Newcastle melakukan PR Stunt semata mata.

Sama sama kita nantikan.

Baca yang lain