Mural Agong Dan Pemimpin Dihina, Dua Individu Dalam CCTV Diburu

Sebelum ini, negara kita meraikan mural yang meraikan Yang Di Pertuan Agong serta beberapa pemimpin negara yang lain, iaitu Perdana Menteri, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ianya sebagai penghargaan rakyat di atas apa yang baginda dan pemimpin telah lakukan kepada negara terutama sekali ketika dalam kesulitan darurat kesihatan.

Namun hari ini, kita dikejutkan dengan mural tersebut dirosakkan dan diconteng. Mural tersebut diconteng dengan cat merah.

Lebih menyedihkan wajah Agong dilabel dan dihina begitu juga dengan potret pemimpin negara yang ada di situ.

Rakyat benar benar marah dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Polis kemudian menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menconteng mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini tampil menyalurkannya kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan awal telah diambil oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk proses lanjut.

“Setakat ini kita masih belum terima laporan daripada mana-mana pihak.”

“Kita minta individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.”

Selain itu, potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut diconteng.

Pada 10 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat mural gergasi potret pemimpin negara yang diabadikan pada sebuah dinding bangunan rumah kedai.

CCTV kesan dua wanita

Kelibat dua individu dipercayai wanita dalam rakaman kamera litar tertutup CCTV disyaki terlibat menconteng mural di Shah Alam.

Melalui rakaman video dari portal Mykmu.Net, kelihatan kedua-dua individu berkenaan keluar dari kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Mereka kemudiannya melakukan kegiatan tidak bertanggung jawab itu selama lebih kurang dua minit sebelum meninggalkan lokasi kejadian,” tulis portal berkenaan.

Polis kini memburu dua individu tersebut.

Pihak berkuasa tempatan terpaksa mengecat semula dinding itu dengan warna putih dan memadamkan potret mural tersebut.

Ini kerana ianya telah rosak.

Sayang sekali, kerana mural itu telah menjadi salah satu daya tarikan di kawasan tersebut sebelum ini.

Bernama melaporkan: “Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam hari ini.”

Semoga pesalah akan dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Dah tak ada kerja sangat ke?

Baca yang lain