MUSE: Kumpulan Progresif Rock Yang Unik Dan Bertenaga

Muse merupakan kumpulan pop Inggeris yang sangat unik. Mereka menempa kegemilangan mereka pada sekitar 2000-an.

Kumpulan ini diasaskan pada lewat 90-an dengan konsep rock progresif, pop, dan ditambah dengan electronica.

Mereka adalah kumpulan yang genre-blurring. Yang berada di satu garis pop, rock, diselit dengan unsur seperti intergalactic, sci-fi, politikal, teori konspirasi dan bermacam lagi.

Genre

Pada awal kemunculan mereka, Muse mulai dibandingkan dengan Radiohead. Ini sebaik sahaja album debut mereka Showbiz menemui pendengar pada 1999.

Namun trio muda ini sangat cepat matang dan tak hanyut dengan perbandingan seperti itu. Mereka mulai mulai menambahkan lebih banyak eksperimentasi dan efek dalam album Black Holes & Revelations (2006).

Muse diklasifikasikan sebagai kumpulan rock alternatif, space rock dan juga rock progresif. Mereka menggabungkan banyak bunyi daripada genre musik elektronik dengan metal progresif serta art rock ala Radiohead.

Selain itu, Muse turut memasukkan unsur seperti rock klasik, rock opera dan banyak lagi. Pada 2002, Matthew Bellamy melabelkan musik mereka sebagai “trashy three-piece”.

Muse mengecapi kejayaan yang sangat besar ketika itu. Nama mereka mulai menjadi bualan. Lagu-lagu mereka mulai dimainkan di carta dan di studio jamming.

Kekuatan

Kekuatan utama mereka pastinya pada Matt Bellamy yang memiliki ton suara tinggi dan juga kemampuan beliau bermain gitar dengan kemas di atas pentas, dengan pelbagai suis efek pada gitarnya.

Beliau dianggap antara frontman yang rock terbaik dalam sejarah. Kalau korang pernah tengok dia beraksi depan mata kira korang bertuah.

Tidak cukup dengan hanya efek pada gitar Matt Bellamy, bunyi bass oleh Chris Wolstenholme pun ada efek.

Bunyi mereka agak unik dan Dominic Howard di posisi drum secara kidal.

Mereka bertiga mulai bermain bersama di kampung halaman mereka di Teignmouth, Devon ketika mereka berusia 13 tahun.

Mereka awalnya menggunakan nama band Gothic Plague kemudian ditukar kepada Fixed Penalty, ditukar lagi ke Rocket Baby Dolls.

Sehinggalah pada 1997, mereka akhirnya menggunakan nama Muse dan dah tak tukar tukar lagi dah.

Perkembangan Awal

Mereka mengeluarkan EP pertama dengan judul nama sendiri pada 1998.

Energi dan sinergi ketiga tiga anak muda ini tiada batasnya. Mereka boleh bermain berjam jam tanpa henti dengan dinamik dan tenaga yang sama. Akhirnya mereka memikat hati Maverick Records ketika melakukan persembahan di CMJ Festival, New York.

Lagu single mereka Cave dan Uno berjaya melepasi saringan untuk ke album penu mereka Showbiz yang dikeluarkan pada hujung tahun 1999.

Mereka terus mendapat plantinum dengan menawan carta UK Top 30.

Dua  tahun selepas itu, Muse mengeluarkan Origin of Symmetry, yang memuatkan beberapa single hits seperti, “New Born,” “Plug in Baby,” “Bliss,” dan “Hyper Music”.

Album ini telah mendapat multiplatinum di U.K. pada tahun berikutnya. Mereka mulai mengumpul lebih ramai pengikut dan peminat mereka dari seluruh dunia.

Pada 2003, Muse kembali dengan Absolution. Konsep yang berasaskan sci-fi. Beberapa lagu mereka dalam album ini membuatkan mereka mulai memecah masuk dan mengukuhkan nama mereka di Amerika Syarikat.

Absolution menawan AS

Dua lagu dari album Absolution menjadi hits di radio iaitu Time Is Running Out dan and Hysteria.

Album Absolution kemudiannya memenangi status plantinum di AS dan mendapat triple platinum di UK.

Masterpiece

Pada 2006, Muse melepaskan album Black Holes & Revelations. Album yang dianggap terbaik di dalam ranking album mereka dari segi kualiti.

Aku senaraikan jugalah tracklist album ini:

1. “Take a Bow”
2. “Starlight”
3. “Supermassive Black Hole”
4. “Map of the Problematique”
5. “Soldier’s Poem”
6. “Invincible”
7. “Assassin”
8. “Exo-Politics”
9. “City of Delusion”
10. “Hoodoo”
11. “Knights of Cydonia”

Tipikal album yang korang tak perlu skip lagu dia.

Album ini dikatakan paling dinamik dan paling matang. Ia seperti rumusan kepada semua eksperimentasi mereka daripada beberapa album sebelum ini.

Album ini juga telah membantu mereka meluncur lebih jauh di pasaran antarabangsan sehingga ke Australia dan Asia. Muse mendapat banyak anugerah daripada album ini.

Pasca Black Holes & Revelations

Selepas kejayaan luar biasa album Black Holes & Revelations, Muse kemudian mengeluarkan The Resistance 2009. Mereka masuk ke studio pada 2008 lagi.

Muse terus berjaya memberikan naskah yang memuaskan kepada peminat mereka. Lagu Uprising menjadi hits di AS. Dan mereka pergi menjelajah ke seluruh dunia sekali lagi.

Pada 2011, Matt Bellamy diberikan tanggungjawab untuk menulis lagu tema Olimpik 2012 di London. Dan Muse memberikan naskah Survival.

Siapa akan lupa persembahan live bertenaga mereka di Stadium Olimpik London.

Lagu itu kemudian dimuatkan sebagai single utama dalam album The 2nd Law pada 2012.

Selepas album tersebut Muse mengeluarkan album Drones pada 2015 dan Simulation Theory pada 2018.

Rujukan

Muse Wiki

Live About