Musim Belum Bermula, Enrique Sudah Bertelagah Dengan Pemilik PSG Isu Mbappe

Musim belum pun bermula, Luis Enrique dilaporkan sudah terlibat konflik pertama melibatkan pandangannya tentang campur tangan pemilik dalam urusan pemilihan pemain untuk pasukan.

Ketika dilantik menjadi pengurus PSG, Luis Enrique pernah menyatakan dia tidak akan memberikan komen tentang polisi kelab ke atas Mbappe.

Di mana ketika itu kelab bengang dengan Mbappe yang tidak mahu mengaktifkan lanjutan kontrak setahun lagi. Dan mengancam untuk menjual pemain itu.

Sehingga kini, Mbappe masih tak melanjutkan kontraknya. PSG bergelut untuk mencari pembeli Mbappe kerana tanda harga €200 juta yang mereka mahukan dan gaji pemain itu yang sangat tinggi.

Seterusnya, PSG sudah menghubungi Real Madrid tentang tanda harga Mbappe dan menyatakan mereka sedia melepaskan pemain itu ke Real Madrid jika kelab Sepanyol itu sedia membayar €200 juta.

Namun Real Madrid dilihat cuma berdiam diri. Membuatkan PSG mengesyaki bahawa sudah ada kesepakatan verbal di belakang mereka antara Mbappe dan Real Madrid, yang akan membolehkan Mbappe pergi ke sana secara percuma musim depan.

Perkara itu adalah perkara yang paling tak disukai PSG kerana mereka tak rela kehilangan pemain tersebut secara percuma.

Luis Enrique tidak kisah dengan campur tangan pemilik ketika pra musim dalam situasi Mbappe. Di mana pemain itu turut diarahkan untuk digugurkan dari pasukan yang terbang ke Jepun untuk pra musim.

Namun begitu arahan terbaru pemilik kelab yang satu ini membuatkan Luis Enrique dikatakan kurang setuju — menurut laporan media Relevo.

Di mana PSG mengeluarkan arahan kepada Enrique agar meletakkan Mbappe di bangku simpanan sebagai pemain simpanan mati pasukan jika pemain itu terus kekal musim ini.

Ini kerana Enrique perlu menggunakan sumber pasukan yang ada untuk membantu kelab mencapai matlamat, terutama sekali dalam kempen UCL.

Enrique berpendapat, selagi lagi pemain itu ada kontrak dan berada di dalam pasukan, pengurus berhak untuk menurunkan atau tidak menurunkannya demi kepentingan pasukan.

Mbappe masih ada kontrak semusim lagi di PSG. Dan ketika ini dia merupakan pemain terbaik yang PSG ada.

PSG sudah dimaklumkan bahawa Al Hilal sedia membayar €200 juta untuk Mbappe. Namun ianya masih memerlukan persetujuan pemain itu untuk berpindah.

Mbappe kini diberikan satu tarikh baharu untuk melanjutkan kontraknya iaitu sebelum 31 Julai.

Dalam satu klausa, jika Mbappe terus kekal di PSG sepanjang Julai 2023, dia akan menerima bonus kesetiaan €40 juta. PSG harus membayar wang itu.

Apa yang pasti Luis Enrique sudah memberitahu PSG bahawa dia benar benar berharap drama Kylian Mbappe ini diselesaikan segera. Dan dia sudah menyatakan pandangannya bahawa, Mbappe berhak untuk diturunkan jika dia terus berada di PSG musim ini.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid