Nadal Raja Tanah Liat Julang Roland Garros Ke-13 Dan Grand Slam Ke-20

Rafael Nadal memenangi Grand Slam Terbuka Perancis 2020 setelah menewaskan Novak Djokovic, 6-0, 6-2 dan 7-5 pada aksi final di Stadium Roland Garros.

Pemain tenis yang bergelar raja tanah liat, memperoleh gelaran karier ke-13 di Terbuka Perancis. Beliau agak overpower dalam pertemuan dengan Djokovic kali ini.

Joker gagal memberikan saingan kepada Nadal dalam dua set pertama. Dan hanya kelihatan memberikan persaingan pada set ketiga. Namu  Nadal terlalu unggul dengan aksi yang sangat agresif.

Kemenangan ke atas Djokovic kali ini memastikan Nadal memenangi 20 trofi dalam acara Grand Slam. Selain 13 gelaran di Terbuka Perancis, Nadal juga memiliki trofi Terbuka Australia, Terbuka AS dan Wimbledon dalam kariernya.

Dengan rekod luar biasanya di terbuka Perancis, Nadal kini mencatat 100 kemenangan dan hanya dua kekalahan.

Beliau juga mengekalkan statusnya yang langsung tak mampu digugat iaitu sebagai raja tanah liat.

Novak Djokovic memberikan penghormatan beliau di atas pencapaian seterunya itu.

Nadal menyatakan bahawa beliau sudah tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam kejohanan kali ini. Apatah lagi memikirkan untuk memenangi satu lagi Roland Garros dalam kariernya.

Dengan kemenangan Nadal kali ini bermakna beliau sudah memiliki 20 kejuaraan Grand Slam, terikat dengan Roger Federer.

 

 

Baca yang lain