Nadi Pasukan Pencabar Serie A -Juventus, Inter, Lazio- Datang Dari Negara Yugoslavia Yang Terpecah

Miralem Pjanic, pemain kebangsaan Bosnia-Herzegovina merupakan pemain tengah utama Juventus.

Marcelo Brozovic dari Croatia adalah pemain tengah utama Inter Milan.

Sergey Milinkovic-Savic pemain kelahiran Sepanyol yang bermain dengan Serbia juga pemain tengah utama di Lazio.

Juventus, Inter Milan dan Lazio kini dalam persaingan merebut Scudetto. Pjanic, Brozovic dan Milinkovic-Savic enjin pasukan masing-masing yang datang dari bekas negara sama yang terpecah.

Pjanic, Juventus dan Sarri

Secara umumnya Maurizio Sarri menggunakan sistem yang mempunyai 3 pemain tengah. Dengan 3 pemain atas yang lebih fleksibel.

Sama ada mengunakan 2 penyerang tengah dan 1 pemain di belakang penyerang atau 1 penyerang tengah dan 2 penyerang sisi.

Tidak kira mana satu sistem yang digunakan Sarri, Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala merupakan pemain penting.

Sarri tidak boleh mengekalkan 1 sistem serangan sahaja kerana mereka juga mempunyai Gonzalo Higuain, Fernando Bernardeschi dan Douglas Costa.

Tidak lupa, mereka juga mempunyai Aaron Ramsey yang merupakan pemain tengah menyerang.

Di bahagian tengah, Sarri mempunyai 6 pemain yang baik iaitu Miralem Pjanic, Sami Khedira, Blaise Matuidi, Rodrigo Bentacur dan Emre Can.

Pembelian Andrien Rabiot melengkapkan senarai pemain tengah Juventus. Saiz skuad ini agak besar dengan nama-nama pemain yang mempunyai reputasi hebat.

Pada beberapa hari lepas Can meninggalkan Juventus dan menyertai Borussia Dortmund. Tiada tempat kepadanya, beliau menjadi pemain paling tidak digunakan (279 minit/Serie A) oleh Sarri dari 6 pemain tengah yang dimiliki Juvrntus.

Miralem Pjanic tampil 20 dari 22 perlawanan di Serie A

Pjanic menjadi pemain utama dengan tampil sebanyak 20 kali sepanjang 22 perlawanan Serie A setakat ini. Mempunyai kekuatan menguasai bola di tengah padang dengan 92% hantaran berjaya.

Brozovic, Inter Milan dan Conte

Siapa tidak tahu dengan sistem Antonio Conte, 3-5-2.

Brozovic menjadi nadi kepada 3 pemain tengah sistemnya. Seorang pemain half 6/8 dan tidak mempunyai pasangan tetap.

Kehadiran Christian Eriksen tidak akan menjejaskan tempatnya kerana Eriksen lebih kepada tengah menyerang.

Eriksen akan mencabar Stefano Sensi dan Matias Vecino sementara itu Nicolo Barella, Borja Varelo dan Roberto Gagliardini menjadi pilihan ke-2.

Eriksen juga boleh digunakan jika salah satu dari penyerang Conte tiada, iaitu Romelu Lukaku atau Lautaro Martinez kerana mereka cuma mempunyai seorang peyerang simpanan yang hanya berusia 17 tahun, Sebastian Esposito.

Alexis Sanchez bukan pemain yang berada dalam pelan utama Conte.

Brozovic tampil sebagai pemain tengah paling digunakan. Pemain ke-4 dari senarai semua pemain dengan 1,734 minit permainan. Pemain ini menyumbang 7 gol dan bantuan secara terkumpul di Serie A.

Marcelo Brozovic mempunyai stastistik seimbang dengan tugasan bertahan dan menyerang

Pemain yang agresif dengan 48 tackling dan 5 kad kuning. Bagaimanapun beliau juga mempunyai 51 hantaran kunci.

2 catatan itu menujukkan beliau seorang pemain tengah yang seimbang diantara bertahan dan menyerang.

Milinkovic-Savic, Lazio dan Inzaghi

Satu lagi pasukan pencabar kejuaraan menggunakan pemain tengah dari serpihan negara Yugoslavia adalah Lazio.

Milinkovic-Savic, pemain kelahiran Sepanyol merupakan anak kepada seorang bapa yang berasal dari Serbia. Beliau menyertai skuad negara bapanya -Serbia- sejak berusia 19 tahun.

Sergey Milinkovic-Savic mempunyai kekuatan mental kerana Lazio tidak mempunyai saiz skuad yang lebih besar berbanding Juventus dan Inter Milan

Menjadi pemain tengah penting bersama Luis Alberto dalam skuad Lazio yang cemerlang pada musim ini, tampil dalam kesemua 22 perlawanan Sirie A dengan 21 kali sebagai pemain kesebelasan utama.

Lucas Leiva melengkapkan 3 pemain tengah utama pasukan. Tidak seperti Juventus dan Inter Milan yang mempunyai ramai pemain, sepanjang musim Lazio hanya bergantung kepada 3 pemain ini.

Milinkovic-Savic gemar percubaan ke arah gol bagaimanapun kebanyakan tidak membuahkan hasil. Selepas 21 perlawanan, beliau mencatat 59 percubaan namun hanya mempunyai 1 jaringan dalam akaunnya.

Yugoslavia

Menjadi salah satu dari 13 negara yang beraksi di Piala Dunia pertama pada tahun 1930. Selepas itu mereka tampil 7 kali lagi di pertandingan tertinggi dunia ini pada tahun 1950, 1958, 1962, 1974, 1990 dan 1998.

Pencapaian terbaik negara ini, meraih tempat ke-3 pada tahun 1930.

Selepas tahun 1998, tiada lagi nama negara ini. Terpecah kepada 8 negara

Serbia dan Montenegro, Bosnia dan Hazegovina, Croatia kekal menjadi negara yang terus melahirkan pemain nama besar dalam arena bola sepak dunia.

Seperti yang berlaku di Serie A pada musim ini, kita menyaksikan 3 pemain menjadi tunjang pasukan pencabar Scudetto yang diketuai oleh Pjanic, Brozovic dan Milinkovic-Savic.

Mereka dari negara Yugoslavia yang terpecah.

Baca yang lain