Nafuzi Zain Tersentuh Hati: ‘Kpah Raikan Gol Dengan Ucap Selamat Jadi Kepada Saya’

Terengganu FC melaksanakan tugasan Piala Malaysia mereka di Stadium Darul Makmur dengan jayanya.

Di mana skuad bimbingan Nafuzi Zain berpesta gol dengan kemenangan 5-1 ke atas seteru sesama Pantai Timur tersebut.

Bekalan 5 gol dengan agregat dengan kelebihan 4 gol dari tempat lawan adalah bekalan yang sangat selesa dibawa Terengganu.

Walaupun musim ini tiada lagi peraturan kelebihan gol di tempat lawan, namun kelebihan agregat dimiliki Terengganu pada aksi pertama pusingan 16 akhir yang menggunakan sistem timbal balik itu dilihat sangat selesa.

5 Gol Terengganu adalah terhasil menerusi hatrik oleh Kpah Sherman serta masing masing 1 gol oleh Nik Shariff Haseefy Mohd Lazim dan Faisal Halim.

Gol saguhati Pahang pula dijaringkan penyerang import, Steven Rodriguez.

Tumpuan pastinya terarah kepada Kpah Sherman yang mempamerkan salah satu persembahan individu terbaik dalam sejarah Piala Malaysia untuk pasukan Terengganu.

Bercakap selepas tamat perlawanan Kpah berkata: “Sebagai penyerang, apabila berada di atas padang, saya memang nak menjaringkan gol dan memberikan sesuatu kepada pasukan.”

“Dan saya berjaya melakukannya. Dan yang lebih menarik adalah, hari ini merupakan hari jadi Nafuzi, dan dia meletakkan kepercayaan kepada saya walaupun musim ini bukan musim terbaik saya.”

“Saya gembira sekali dapat membantu pasukan ini.”

Kpah Sherman menambah dia benar benar berbangga berjaya menjaringkan gol dalam pentas Piala Malaysia yang berprestij dan menunjukkan sekali lagi kualiti sebenarnya kepada semua orang.

Nafuzi Zain terharu dengan perjuangan para pemainnya terutama sekali mereka bertekad mahu menghadiahkan kemenangan kepadanya sempena harijadinya.

Seterusnya, Nafuzi Zain turut memuji Kpah Sherman yang menggunakan peluang sebaiknya untuk membuktikan kualitinya sebaik sahaja dipilih beraksi di kesebelasan utama.

Nafuzi berkata: “Syukur Alhamdulillah, hari ini kebetulan hari jadi saya. Jadi, ini kemenangan yang berharga.”

“Para pemain sendiri pun menghadiahkan malam ini buat saya.”

“Kpah Sherman, [selepas] dia menjaringkan gol pun dia terus peluk saya dan ucap Selamat Hari Jadi buat kamu coach.”

“Saya rasa tersentuh hati dan terharu. Terima kasih daripada saya sebagai coach kepada pemain.”

Baca yang lain