Nagelsmann Bengang Informasi Dan Lakaran Taktikal Bayern Dibocorkan Kepada Media

Bayern Munich sekali lagi digemparkan dengan berita panas. Kali ini pengurusnya, Julian Nagelsmann secara terbuka menunjukkan kemarahannya selepas Sport Bild menerbitkan secara terperinci tentang rancangan taktikal pasukannya.

Julian Nagelsmann merasakan bahawa dia telah dikhianati oleh orang dia sendiri.

Dia masih mencari siapakah yang bertanggungjawab membocorkan maklumat itu kepada media.

Outlet berita bola sepak terkemuka Jerman menunjukkan dokumen asal yang dihantar jurulatih Bayern kepada pemainnya, di mana misi yang perlu dilakukan oleh setiap pemain secara taktikal dijelaskan dengan terperinci, serta peranan khusus setiap pemain.

Imej-imej itu disertakan dengan beberapa nota peranan setiap taktikal yang mempunyai kepentingan khusus. Sebagai contoh, pemain sayap yang bertanggungjawab mencipta kelebihan di serangan untuk menyukarkan lawan.

Para pemain turut dibekalkan dengan informasi yang lain agar mereka memahami taktikal yang dimahukan Nagelsmann secara mendalam.

Maklumat itu seharusnya menjadi maklumat yang hanya dikongsikan secara dalaman dalam kalangan pemain dan staf Bayern Munich.

Tetapi Nagelsmann benar benar terkejut apabila BILD menerbitkan artikel tentang taktikal Bayern menggunakan imej imej yang telah dilakar oleh kejurulatihan Nagelsmann.

Kebocoran itu telah membuat Nagelsmann berasa sangat bengang dan rasa dikhianati.

Ianya ditunjukkan dengan sangat tegas dalam reaksinya di hadapan media:

“Ia sangat mengganggu saya. Orang yang menghantar ini membahayakan setiap pemain, dia bukan objektif.”

“Apakah orang yang menghantar benda seperti ini sedang cari? Apa yang anda tunggu? Saya tidak nampak apa motivasi anda, selain memudahkan tugas musuh”.

Nagelsmann menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah pengkhianatan terhadap kod bola sepak:

“Saya cuba untuk mengetahui apa sebabnya. Bagi saya, sentiasa penting untuk dapat melihat cermin [refleksi diri] pada waktu malam, untuk melayan pemain saya dan rakan-rakan jurulatih saya dengan baik.”

“Saya harap diorang ni tak akan mampu tengok cermin sebab tak adil.”

Nagelsmann memang dikenali sebagai jurulatih yang sangat bersemangat tinggi tentang taktikal.

Dia seorang yang komited dan dedikasi untuk memikirkan perancangan taktikal serta latihan taktikal yang sistematik.

Itu yang menjadikannya sebagai antara tactician muda yang dipandang tinggi dan bermasa depan cerah.

Baca yang lain