Nagelsmann Enggan Beri Jaminan Neuer Kekal Kapten Selepas Komen Kontroversi

Bayern Munich sudah lama dikenali sebagai Hollywood FC, di mana akan ada sahaja drama melibatkan pemain mereka dan pengurusan.

Namun ianya dianggap tidak akan pernah mengganggu prestasi mereka untuk menjuarai liga pada akhir musim. Sebab itu ianya digelar Hollywood FC oleh ramai pemninat yang menganggap drama ini seolah olah sengaja dibuat untuk memeriahkan liga.

Terbaru, Manuel Neuer dengan terbuka mengkritik tindakan CEO kelab, Olver Kahn yang memecat jurulatih penjaga gol yang sudah 11 tahun berkhidmat iaitu Toni Tapalovic.

Kahn sudah menyatakan kekecewaannya dengan Neuer yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu. Dianggap tidak profesional dan seolah oleh mahu mengkritik Kahn secara terus sedangkan Kahn mendakwa dia cuma memperjuangkan prinsip kelab.

Terbaru, Julian Nagelsmann, pengurus Bayern, dia pula menyatakan kekecewaannya di atas komen Neuer.

Komen Nagelsmann itu sekaligu mencetuskan spekulasi bahawa laporan khabar angin sebelum ini tentang hubungan dingin Neuer dengan Nagelsmann adalah benar.

Dalam wawancara dengan The Athletic minggu ini Neuer mengibaratkan hatinya ibarat dikoyak koyak dan melabel pemecatan itu sebagai perkara paling kejam pernah disaksikannya sepanjang kariernya.

Neuer kini berehat dan dalam fasa pemulihan selepas kemalangan ski.

Bayern sudah mendapatkan Yann Sommer.

Nahelsmann berkata: “Saya tak akan berikan sebarang wawancara dengan wartawan dalam minggu yang sangat penting ini. Ianya tidak membantu untuk meredakan tekanan,” kata Nagelsmann merujuk kepada tekanan pasukannya ketika berdepan dengan krisis prestasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Nagelsmann tidak percaya apabila kapten pasukan Bayern sendiri yang pergi bercakap dengan wartawan tentang perkara kontroversi seperti itu.

“Perkara seperti itu cuma membuatkan akhbar banyak kerja sahaja,” jelas Nagelsmann lagi.

“Oliver Kahn sudah membuat kenyataan yang sangat sangat baik. Sebelum ini, saya pernah bercakap dengan Manuel secara peribadi, kami berbincang banyak perkara.”

“Saya beritahu dia tentang alasan kenapa perpisahan ini [pemecatan jurulatih penjaga gol]. Saya tidak mahu dedahkannya kepada umum. Namun saya yakin kelab membuat keputusan yang tepat.”

Tapalovic dilaporkan telah membocorkan perbualan di kumpulan sembang antara jurulatih kepada pemain.

Itu yang membuatkan Kahn dan Nagelsmann bengang.

Bercakap tentang isu ketua pasukan yang digalas Neuer, Nagelsmann menyatakan dia sedia mempertimbangkannya. Namun buat masa ini, dia mahu Neuer fokus kepada pemulihan.

“Pintu saya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu berbincang, walaupun saya membuat pilihan yang mungkin berbeza dengan mereka.”

“Dia adalah penjaga gol terbaik di dunia, sebagaimana yang saya seringkali katakan. Dan saya berharap dia akan kembali cergas.”

“Saya tahu ini akan menjadi soalan berapi [tentang captaincy Neuer] yang akan ditanya selepas wawancara itu keluar. Namun saya tak akan jawab sekarang,” kata Nagelsmann yang enggan memberikan jaminan bahawa Neuer akan kekal menjadi kapten Bayern selepas ini.

“Saya cuma nak jawab tentang siapa akan jadi kapten kami dalam 5 bulan terakhir ini [sementara Neuer masih berehat], sama ada Thomas [Muller], Joshua [Kimmich] atau pemain lain.”

“Tugasan utama Neuer ketika ini adalah kembali cergas dan sihat. Itu yang kita nantikan daripadanya. Kita akan lihat nanti. Tugas saya adalah memikirkan kesebelasan terbaik dan kapten kami dalam beberapa minggu ini.”

Menurut laporan BILD, Neuer kini bukan sahaja tidak sehaluan dengan Nagelsmann, dia juga tak sehaluan dengan Pengarah Sukan, Hassan Salihamidzic dan Oliver Kahn.

Ini kerana Salihamidzic menyokong tindakan Nagelsmann untuk memecat Tapalovic.

Seterusnya Neuer sudah lama tidak suka dengan Nagelsmann, kerana pengurus itu lebih selesa untuk berbincang dengan Joshua Kimmich.

Dalam laporan terbaru, ada beberapa pemain memberikan solidariti kepada Neuer di atas wawancara kontroversinya.

Nagelsmann sebelum ini menjual Robert Lewandowski kerana pemain itu tidak sehaluan dengannya. Mungkinkah dia akan melakukan perkara sama ke atas Neuer?