Nagelsmann Gunakan ‘Square’ Di ‘Centre Circle’ Dalam Sistem 3-2-2-3

Julian Nagelsmann sudah mulai semakin mendapat apa yang beliau mahukan di dalam taktikal Bayern Munich.

Pengurus muda itu sebelum ini sudah melakukan tugasan yang cemerlang dari segi membentuk taktikal ketika bersama Hoffenheim dan juga RB Leipzig.

Tugasan kali ini lebih besar iaitu untuk menguruskan Bayern Munich. Bagaimana beliau mahu memastikan pemain serba bintang di Bayern menuruti kehendaknya.

Secara asasnya Bayern menggunakan sistem 4-2-3-1. Dengan Thomas Muller menjadi no.10 dalam formasi tersebut.

Namun ketika mereka bergerak dalam sistem serangan dan pressing, Bayern Munich akan berubah kepada 3-2-2-3 Dengan Thomas Muller menjadi salah seorang pemain tengah dalam rantaian square.

Idea ini mirip kepada pendekatan Guardiola satu ketika dahulu dalam sistem Juego Di Posicion. Di mana Bayern akan cuba sedaya upaya menguasai bahagian tengah ketika ada bola.

Seterusnya ia akan memudahkan mereka untuk membentuk pressing di garisan tinggi.

Guardiola menggemari 3-2-5 ataupun 3-3-4 serta ultra offensive 2-3-5. Itu pilihan beliau. Namun Nagelsmann lebih ke arah 3-2-2-3 dalam sistemmya ketika menyerang.

Stanisic masuk ke dalam untuk membentuk sistem yang mirip false fullback oleh Guardiola. Namun di sebelahnya, Alphonso Davies akan naik ke atas untuk menjadi pemain sayap serangan.

Seterusnya, Joshua Kimmich yang asalnya pemain tengah sebelah kanan akan menjadi bek ketiga ataupun half back.

Muller dan Gnabry akan membentuk rantaian midfielder 4 dengan bentuk segi empat itu.

Ini gambaran yang lebih jelas tentang sistem permainan mereka dengan meletakkan 4 pemain dalam satu ruang tengah ataupun sekitar center circle.

Ia mampu untuk membentuk kombinasi permainan yang stabil dari segi aliran bola dan juga melakukan pressing segera dan ketika memenangi bola, mereka akan senang untuk bertukar tukar hantaran.

Ini adalah fasa di mana Bayern baru dalam proses untuk berkembang kepada 3-2-3. Dalam sistem ini, Sane akan kekal sebagai pemain sayap.

Namun Gnabry lebih fleksibel dan diagonal gerakannya.

Walaupun perlawanan ini berakhir dengan 1-1 dan Bayern dipaksa bangkit daripada ketinggalan. Namun dari segi statistik, Bayern sangat unggul.

Mereka melakukan 21 percubaan dengan 15 tepat. Cuma agak malang kali ini mereka kurang tajam dari segi peratusan mengubah shot kepada gol.

Rumusan

Ini merupakan satu permainan yang baik daripada Bayern dari segi taktikal. Namun kecewa tak menang kerana isu teknikal iaitu penyudah yang tumpul.

Bukan selalu pun Bayern tumpul macam ni selepas 15 on target kan?

Debut Bundesliga Nagelsmann jelas boleh dipuji dan tidak gugup mengendalikan pasukan sarat bintang seperti Bayern Munich.

DNA Guardiola yang masih tersisa di Bayern amat membantu Nageslmann dalam membentuk sistem ultra offensive ini.

Seterusnya Nagelsmann juga berjaya membuktikan bahawa beliau tidak kekok untuk menguruskan pasukan yang diwarisi daripada Hansi Flick yang pernah membantu Bayern menang treble.

Sistem permainan Flick yang mirip kepada taktikal Jurgen Low juga membuatkan Bayern Munich mengalami transisi yang tak sukar daripada sistem taktikal dan permainan.