Nagelsmann Jawab Kritikan Tuchel Bahawa Aksi Jerman Di AS Sebagai Tidak Berguna Dan Menyusahkan Kelab

Julian Nagelsmann tampil menjawab kritikan tentang pengurusan DFB / FA Jerman yang seringkali melakukan aksi persahabatan di luar negara. Ianya dianggap satu pembaziran dan pada masa yang sama mengurangkan akses penyokong untuk melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.

Salah satu sebab kenapa hubungan penyokong dan pasukan kebangsaan Jerman tidak seutuh dulu kerana terlalu banyak aksi di luar negara ketika aksi persahabatan. Terbaru Jerman sedang dalam proses untuk terbang ke AS untuk menentrang Amerika Syarikat dan Mexico untuk aksi antarabangsa.

Kini giliran Thomas Tuchel mengkritik Jerman yang seringkali terbang jauh jauh pada musim liga yang di fasa jadual padat. Ianya mempengaruhi kecergasan pemain dan meletakkan mereka dalam risiko kecederaan. Terutama sekali ramai pemain Bayern seringkali diplih mewakili Jerman.

Tuchel membidas DFB sebagai suka memanggil pemain berkelas dunia untuk dibawa ke aksi persahabatan di tempat yang jauh namun apabila pemain cedera, mereka selalu berdiam diri dan kelab yang menanggung risiko serta kos rawatan.

Tuchel tidak berselindung melabel DFB sebagai tidak berguna dalam perkara itu. Jerman selaku tuan rumah Euro 2024 mahu melakukan aksi persahabatan dengan lawan terbaik. Mereka akan menentang AS di Connecticut pada 14 Oktober dan melawan Mexico di Philadelphia, 4 hari kemudian. Dan kembali ke Jerman hari berikutnya.

Borussia Dortmund ada 4 pemain yang dipanggil Jerman, sememtara ada 5 pemain Bayern dalam sjuad kali ini. Borussia Dortmund akan berdepan Werder Bremen selepas aksi antarabangsa sementara Bayern akan berdepan Mainz di tempat lawan. Tuchel menganggap timing kali ini tidak cantik.

Tuchel menegaskan: “Lokasi dan masa itu membuatkan saya hilang kata kata. Saya tak faham, kenapa sebelum aksi Euro kita perlu melawan pasukan Amerika Syarikat dan Mexico di AS?”

“Saya tak faham, tolonglah seseorang berikan saya penjelasan agar saya dapat menerima dan memahaminya.”

Tuchel berkata dia berhak tahu kerana Bayern melepaskan ramai pemain ke kem kebangsaan: “Kami cuma nak tanya pasal itu sahaja setelah segalanya diputuskan. Mereka tahu pandangan kami sebenarnya cuma saja buat buat tak dengar. Apa yang dibuat ini benar benar tak berguna.”

“Kami ada banyak perlawanan di tempat lawan sejak akhir akhir ini. Pemain pemain kami kembali semula ke sini pada Khamis selepas tugasan kebangsaan. Mereka terus terbang ke Mainz pada Jumaat, kemudian terbang lagi ke Istanbul pada Isnin. Lepas tu 1 perlawanan di home diikuti 2 perlawanan away pulak di Saabrucken dan Dortmund. Ini akan menghadkan tahap kecergasan kami. Jadual memang kita tahu dah padat macam tu, kami akan cuba buat terbaik je la.”

Nagelsmann kemudian menjawab persoalan daripada Tuchel. Dia menegaskan dia faham Tuchel meroyan sebab dia pengurus kelab. Sudah menjadi kebiasaan pengurus kelab akan bising dengan pasukan kebangsaan atas dasar konflik kepentingan

Nagelsmann berkata: “Itu pandangan daripada jurulatih kelab, ianya normal pengurus pasukan kebangsaan menerima kritikan daripada mereka. Kami tak menipu tentangnya.”

“Saya pun  mungkin akan cakap benda yang sama jika saya masih bergelar pengurus kelab. Namun kami di sini ada tanggungjawab kami sendiri ke atas bola sepak Jerman. Kami harus mengendalikan keadaan dengan positif dan mendapatkan hasil terbaik daripadanya. Pemain pemain harus memberikan aksi terbaik dan kami berharap setiap pemain akan kembali ke kelab masing masing dalam keadaan cergas.”