Julian Nagelsmann jelas tak begitu gembira dengan corak permainan Turki yang menurutnya anti-bola sepak. Dalam aksi antara Jerman dan Turki, pengurus itu berkali kali meminta pengadil mengambil tindakan ke atas pemain pemain Turki yang menurutnya sengaja berlakon dan melengah lengahkan perlawanan.
Jerman kalah 2-3 di tangan Turki dalam aksi persahabatan antarabangsa. Memandangkan Jerman tidak terlibat dalam pusingan kelayakan Euro 2024 selaku hos. Tetapi keputusan ini benar benar membuatkan penyokong Jerman bengang kerana pasukan itu masih tidak menunjukkan aksi meyakinkan setakat ini. Mereka pulang awal dalam kempen Piala Dunia 2022 dan 2018 yang lalu.
Dan kini bergelut untuk mencapai konsistensi dalam prestasi mereka. Hansi Flick sudah dipecat dan digantikan dengan Nagelsmann. Dengan harapan akan mengembalikan semula kehebatan Jerman di atas padang. Tetapi rata rata peminat menyatakan bahawa mereka bengang dengan prestasi Jerman. Malah ada yang berpendapat, jika Jerman tidak ada tiket layak sebagai penganjur, mereka akan melopong sangkut di pusingan kelayakan.
Nagelsmann bagaimanapun mengecam taktikal Turki yang menurutnya datang bermain bukan untuk menang. Mereka cuma mahu bertahan. Turki menang menerusi sepakan penalti selepas Kai Havertz handball. Nagelsmann menelan kekalahan pertamanya pada aksi pertamanya di tempat sendiri sebagai pengurus Jerman.
Nagelsmann tidak melepaskan peluang menyindir Turki. Menurutnya pasukan yang akan mereka lawan selepas ini iaitu Austria adalah lebih bagus dan lebih kuat berbanding Turki yang tak mahu bermain bola sepak secara terbuka.
Dipetik dari sumber BILD, Nagelsmann berkata: “Austria pasukan lebih baik daripada Turki dari aspek bola sepak yang mereka mainkan. Tetapi kamu tak boleh salahkan pasukan [Turki] yang tak mahu menang.”
Nagelsmann kemudian mencabar agar pemain pemainnya mencapai tahap emosi lawan mereka. Nagelsmann menambah: “Setiap pemain mesti sekurang-kurangnya mencapai tahap emosi lawan mereka. Hanya dengan itu, maka kualiti terbaik akan ditonjolkan dalam kebanyakan permainan kita.”
Nagelsmann on the next game against Austria: "Austria are better than Turkey in terms of the football they play. You can't blame the team for not wanting to win. Each player must at least reach the emotional level of their opponent. Only then will the greater quality prevail in…
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) November 18, 2023
Selain itu Nagelsmann mengecam pengadil memberikan penalti kepada Turki. Dia menyalahkan pengadil sebagai punca kenapa Jerman kalah.
Penalti tersebut telah membolehkan Turki memenangi perlawanan 2-3. Nagelsmann berkata: “Itu bukan penalti sama sekali. Gerakan tangan Kai adalah semulajadi. Itu bukan penalti. Adakah peraturan di peringkat antarabangsa lebih ketat berbanding Bundesliga?” tegas pengurus muda itu.
Kai Havertz turut terkilan dengan penalti yang diberikan pengadil itu.
“Saya dah cuba bercakap dengan pengadil namun dia tidak menjawab. Saya rasa agak pelik ketika di atas padang. Saya sendiri tak tahu dari mana arah bola, saya rasa tangan saya tak terlalu jauh keluar,” tegas penyerang itu.
Kai Havertz on the penalty: "I tried to talk to the referee but he didn't answer. It felt a bit strange on the pitch. I didn't even see the ball. It felt like my arm wasn't that far out." pic.twitter.com/4zWZPNa4Qk
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) November 18, 2023
Bintang Jerman, Niclas Fullkrug turut mengkritik gaya permainan Turki yang keras namun mereka sentiasa disorak oleh penyokong mereka setiap kali memenangi duel.
“Kami dah seperti bermain perlawanan di tempat lawan di Berlin [kerana penyokong Turki sangat ramai]. Penyokong Turki membawa masuk emosi yang sangat kuat. Setiap duel mereka sorakkan. Saya tak pasti kalau itu mempengaruhi sebahagian daripada pemain kami.”
“Kami mahu menyerang dengan cara berbeza daripada perlawanan sebelum ini, kerana kami perlu fleksibel dalam Euro nanti. Malangnya, kami tak cukup masa untuk melakukannya. Kami hanya ada 5 sesi latihan penuh saja di bawah Julian. Itulah sebabnya kenapa ketika ini segalanya kurang sempurna.”
Jerman Kalah Di Tangan Turki Di Tempat Sendiri, Kai Havertz Main Left Back
Jerman berdepan dengan Turki di tempat sendiri dalam aksi persahabatan antarabangsa. Penjaga gol Man United Altay Bayindir beraksi dalam kesebelasan utama Turki.
📸 – Altay Bayindir is ready to face Germany tonight! #MUFC 🇹🇷
— UtdTruthful (@Utdtruthful) November 18, 2023
Sementara Julian Nagelsmann melakukan eksperimen dengan sistem 4-2-2-2 meletakkan Kai Havertz di left back.
Sebelum perlawanan Nagelsmann yakin Havertz boleh bermain di posisi itu dengan baik kerana dia seorang pemain yang serba boleh.
Havertz menjadi madu dan juga racun untuk Jerman dalam perlawanan ini. Di mana dia menjaringkan gol pembukaan awal. Dan kemudian dia juga punca pasukan lawan mendapat gol kemenangan.
Bintang Arsenal, Kai Havertz memulakan perlawanan dengan sebaiknya. Dia mencetak gol pembukaan seawal minit ke-5 perlawanan. Ianya hasil umpanan pemain yang dalam prestasi luar biasa bersama Bayern, Leroy Sane.
Julien Nagelsmann started Kai Havertz at left back vs. Turkey.
He scored five minutes into the match 🤷♂️ pic.twitter.com/2wMQ2TUt0i
— B/R Football (@brfootball) November 18, 2023
Namun Turki berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ferdi Kordioglu selepas menerima hantaran oleh Bardakci pada minit ke-38. Dengarlah sorakan penyokong Turki yang hadir ke Stadium dengan sangat ramai sekali.
TURKISH DELIGHT 🇹🇷
TURKEY fans have taken over Berlin's Olympiastadion for their friendly vs. Germany. Just listen to the roar & watch the flags come out after Ferdi Kadioglu strikes. 😲
pic.twitter.com/Upv6RpkRkT— Men in Blazers (@MenInBlazers) November 18, 2023
Turki kemudian mengejutkan tuan rumah di Stadium Olimpik Berlin apabila Kenan Yildiz meletakkan pelawat di hadapan pada masa kecederaan minit ke-45+2.
Jerman masuk ke bilik persalinan dengan ketinggalan 1-2.
Bersambung babak kedua, Jerman sekali lagi mencetak gol awal. Kali ini Niclas Fullkrug menewaskan Bayindir hanya selepas 4 minit wisel permulaan separuh masa kedua dibunyikan.
Dan Turkin kembali di hadapan selepas mereka diberikan penalti oleh pengadil pada minit ke-69 selepas semakan VAR mendapati bahawa Kai Havertz sudah handball.
Yusuf San mencetak gol pada minit ke-71 untuk menjadikan kedudukan 2-3 memihak pelawat. Penyokong pelawat benar benar teruja dengan gol itu. Rakyat Turki di Jerman ramai membanjiri stadium pada hari ini. Malah ada rakyat Turki yang sudah mendapat kerakyatan Jerman dilihat mengibarkan bendera Jerman -Turki bersama sama mereka.
Bendera ini adalah simbol yang kerap digunakan masyarakat Turki yang menetap dan berhijrah ke Jerman.
Malah jika dilihat, bendera Turki kelihatan lebih banyak berkibar di Berlin.
At the Olympiastadion in Berlin in Germany-Turkey match there are more Turkish flags than German ones. pic.twitter.com/EqSAAgUypy
— RadioGenoa (@RadioGenoa) November 18, 2023
Secara asasnya, kedua dua pasukan memiliki pengasaan yang seimbang. Dengan Jerman sepatutnya menyamakan kedudukan ketika Sane melorongkan bola kepada Gnabry yang meluru di hadapan gawang terbuka. Namun bola gagal disempurnakan.
Tamat perlawanan Jerman 2 Turki 3. Turki menang pertama kali ke atas Jerman selepas 2005. Ini juga merupakan kekalahan pertama Julian Nagelsmann, dan ianya berlaku pada aksi di hadapan penyokong mereka sendiri di Berlin.
Di media sosial ramai yang menyalahkan Julian Nagelsmann sebagai punca kekalahan ini. Seorang peminat menyatakan: “Itulah padahnya kamu meletakkan pemain penyerang di bek kiri, kan dah handball.”
Selain itu mereka juga mempersoalkan taktikal pengurus itu yang dianggap masih tak nampak kekuatan utamanya. Dan berharap agar Jerman mendapat kumpulan mudah dalam undian Euro 2024 akan datang.
Seterusnya ada yang meminta Nagelsmann tidak terlalu setia dengan Gnabry seperti mana Hansi Flick sebelum ini, kerana pemain itu dianggap sudah ‘finish’ pada masa ini.
Seorang lagi peminat berkata: “Nasib baik kita ni negara penganjur, kalau tak, kita tak akan layak ke Euro 2024 dengan team main cemgampang.”