Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann nampaknya tidak melepaskan peluang untuk memerli Barcelona sebaik sahaja kelab itu berjaya mendapatkan Robert Lewandowski.
Menurut Nagelsmann, Barcelona adalah satu satunya kelab yang tak ada duit, tetapi masih mampu membeli kesemua pemain yang mereka mahukan.
Nagelsmann hilang kata kata untuk menjelaskan perkara tersebut.
Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, Nagelsmann berkata: “Barcelona, satu satunya kelab yang tak ada duit, namun kemudiannya…. mereka membeli kesemua pemain yang mereka mahukan.”
“Saya tak tahu bagaimana [mereka melakukannya]. Ianya agak pelik dan agak gila.”
Bayern manager Nagelsmann tells @altobelli13 on Barcelona-Lewa deal: “Barcelona, the only club that has no money but then… buys every player they want”. 🔴 #FCB
“I do not know how [they do it]. It‘s kind of weird, kind of crazy”. pic.twitter.com/wnqCQtq8aA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 19, 2022
“Mereka ada ramai pemain baharu, bukannya Robert Lewandowski seorang sahaja. Saya tak tahulah nak cakap macamana, jujur saya katakan.”
Julian Nagelsmann is just as confused as everyone else 🧐 pic.twitter.com/yXtx55CIcG
— B/R Football (@brfootball) July 19, 2022
Barcelona berdepan dengan masalah kewangan sejak tahun lalu lagi sehingga terpaksa melepaskan Lionel Messi.
Namun musim lalu mereka masih mampu membawa masuk pemain seperti Sergio Aguero, Memphis Depay, Eric Garcia, Emerson Royal serta Ferran Torres dan juga Pierre Emerick Aubameyang.
Musim ini Barcelona setakat ini menjadi kelan ketiga berbelanja paling tinggi dalam pasaran perpindahan pemain pra musim 2022/23.
Barcelona sedang ‘menggila’ dalam pasaran perpindahan pemain walaupun mereka merupakan pasukan yang diramalkan terancam muflis, Barca kini merupakan antara kelab paling boros di Eropah dalam jendela perpindahan kali ini.
Hanya dalam masa dua minggu, Barcelona telah melonjakkan statusnya sebagai 3 pasukan teratas yang terbanyak berbelanja dalam jendela perpindahan kali ini dalam pasaran perpindahan musim panas 2022.
Musim sebelumnya mereka masih bergelut dengan strategi untuk keluar daripada ancaman muflis akibat hutang yang semakin meningkat dan bil gaji yang semakin meningkat.
Antara impak paling menyakitkan adalah kehilangan Lionel Messi.
Dengan pelbagai usaha penambahbaikan kewangan daripada Joan Laporta, Barcelona secara beransur-ansur merealisasikan impian Xavi Hernandez untuk membentuk pasukan super miliknya sendiri.
Barcelona ketiga paling tinggi berbelanja
Baru-baru ini, Robert Lewandowski mengikut langkah Franck Kessie, Andreas Christensen, Ousmane Dembele, dan Raphinha menyertai Barca. Dembele merupakan pemain yang ditandatangani semula sebagai ejen bebas.
Kessie, Christensen juga seperti Dembele, yang direkrut secara percuma kerana status ejen bebas mereka.
Raphinha direkrut dari Leeds United dengan harga €58 juta. Jumlah itu boleh meningkat kepada €65 juta berserta bonus.
Untuk Lewandowski, Barcelona membelanjakan €45 juta, ditambah €5 juta lagi dalam bentuk bonus.
Dengan kata lain, kem Laporta kini telah membelanjakan €103 juta untuk pembelian pemain, yang boleh meningkat kepada €115 juta pada masa hadapan.
Barcelona (€103m) are the third club to have spent the most on this transfer window, only behind Manchester City (€109m) and Leeds United (€106m).
— @sport pic.twitter.com/SbBkhhTCpt
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 17, 2022
Namun jendela perpindahan di Barca masih aktif. Mereka masih mensasarkan dalam 3 atau 4 pemain lagi.
Menurut info Marca , Barcelona adalah kelab ketiga termahal setakat ini dalam pasaran perpindahan musim panas 2022.
Perbelanjaan mereka hanya kalah di belakang kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Leeds United.
Di mana setakat ini Manchester City membelanjakan €108 juta hanya untuk dua pemain.
Mereka ialah Erling Haaland (€60 juta) dan Kalvin Phillips (€48 juta).
Berbeza dengan Barcelona, Manchester City sudah menjual Gabriel Jesus dan Raheem Sterling yang berjaya memberikan pulangan €120 juta kepada mereka.
Man City masih mencari bek kiri baharu, dengan calon paling hampir ialah Marc Cucurella (Brighton). Dalam pada masa yang sama City dalam proses menjual Zinchenko.
Leeds secara mengejutkan bertindak sangat agresif dengan menandatangani Brendan Aaronson (€33 juta), Luis Sinisterra (€28 juta), Tyler Adams (€17 juta), Rasmus Kristensen (€13 juta), Marc Roca (€12 juta), dan Darko Gyabi (€6 juta).
Secara keseluruhan, kelab itu, yang hampir tersingkir musim lalu, membelanjakan €106 juta euro merevolusikan skuad itu di bawah Jesse March.
Walau bagaimanapun, Leeds juga mencatatkan kira-kira yang positif dalam akaun mereka, kerana menjual Raphinha dan Phillips yang membawa keuntungan besar.
Barca pula masih gagal menjual pemain dengan nilai tinggi. Mereka masih berusaha menjual De Jong, Braithwaithe, Memphis Depay dan Miralem Pjanic.
Barcelona ketika ini hanya menjual Coutinho ke Aston Villa dengan nilai lelong €22.5 juta, dan Rey Manaj (€2.5 juta), serta Trincao (€3 juta).
Oleh sebab itu mereka benar benar terdesak mahu memastikan De Jong akan berjaya dijual dengan mendapatkan sekurang kurangnya €80 juta daripada pemain itu.
Walaupun Barcelona mendapat suntikan dana dalam EUR200 juta baru baru ini, ianya masih tidak membantu mereka dalam usaha untuk mengembalikan akaun mereka ke angka positif.
Malah mereka masih bergelut untuk mendaftarkan pemain pemain baharu mereka dalam La Liga.
Berikut adalah 10 kelab berbelanja paling tinggi setakat ini dalam jendela perpindahan musim panas 2022.
1. Manchester City: €108 juta
2. Leeds United: €106 juta
3. Barcelona: €103 juta
4. Arsenal: €97 juta
5. Chelsea: €94 juta
6. Tottenham: €87 juta
7. Dortmund: €86 juta
8. Liverpool: €85 juta
9. Real Madrid: €80 juta
10. PSG: €79 juta