Nagelsmann Tak Gembira Zirkzee Berlagak Seperti Ini Depan Gol Dan Tak Masuk

Joshua Zirkzee menunjukkan salah satu aksi fancy / showboating yang gila dan akan diingatinya. Sehinggakan pengurus beliau sendiri memberikan amaran agar pemain itu tidak mengulanginya dalam aksi sebenar.

Zirkzee cemerlang dalam aksi pra musim bersama dengan Bayern Munich. Mungkin sebab itu beliau mulai merasa sedikit ego. Biasalah darah muda kan. Lalu dia melakukan aksi yang sangat kasual dan berlagak.

Pemain muda itu telah berjalan dengan bola selepas mengatasi penjaga gol Ajax. Namun Zirkzee gagal memastikan bola itu masuk kerana diselamatkan oleh Perr Schuurs.

Schurrs melakukan satu hadangan yang luar biasa untuk menafikan bola tersebut.

Dalam kedudukan 1-1, pemain berusia 20 tahun itu berpeluang meletakkan pasukannga 2-1 di hadapan ketika aksi pemanas badan pra musim berdepan dengan Ajax di Allianz Arena.

Namun pemain muda itu membuat aksi yang agak berlagak di depan gol. Pengulas sendiri sudah sedia nak menjerit gol pada ketika itu.

Reaksi Zirkzee selepas peluang gol seperti itu dimusnahkan oleh Schuurs menceritakan segalanya. Dia tahu, dia baru buat benda bodoh di atas padang.

Dia ternyata malu dengan apa yang berlaku.

Sebagai pemain muda, perkara itu jelas tak menggembirakan pengendali baru Bayern, Julian Nagelsmann walaupun tidak terlalu terang mengecam tindakan pemain itu secara terbuka.

Nageslamnn dengan nada santai berkata: β€œSaya rasa, dan saya berharap dia pasti akan lebih serius dalam aksi sebenar.”

β€œDia bermain ok sebelum ini. Tak perlulah kita bercakap tentang itu, dia sendiri tahu apa yang dia harus lakukan, di mana dia boleh melakukannya lebih baik daripada itu.”

Peminat bola sepak seolah olah tidak percaya dengan tindakan Zirkzee dan berharap pemain muda itu mengubah sikapnya di masa akan datang.

Ajax ternyata menunjukkan aksi yang sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka tampil lebih dominan.

Tindakan Zirkzee ini sebenarnya mengingatkan kita kepada aksi showboating Balotelli satu ketika dahulu dalam aksi pra musim.

Di mana ketika itu Balotelli cuba melakukan roullete dan shot di depan gol dalam aksi pra musim berdepan LA Galaxy. Membuatkan Balotelli dimarahi Roberto Mancini kerana tidak serius dan cuba bersikap biadap ke atas lawannya.

Balotelli dikeluarkan dan berlaku perang mulut antara beliau dan pengurusnya.

Bayern seri 2-2 dengan Ajax dalam aksi tersebut. Zakaria Labyad meletakkan Ajax di hadapan seawal minit ke-10. Namun gol itu dibalas oleh Choupo Moting sebelum rehat separuh masa.

Bayern kemudian di hadapan menerusi Tanguy Nianzou. Ajax menyamakan kedudukan menerusi Victor Jensen pada minit ke-50.

Β 

Baca yang lain