Nagelsmann Terkejut Laporan 21% Jerman Mahukan Lebih Ramai Pemain Putih

Julian Nagelsmann kecewa membaca satu laporan survey yang dibuat sebuah media di Jerman, ARD secara terbuka di televisyen.

Di mana dalam kajian ini, 1 daripada setiap 5 orang rakyat Jerman mendesak lebih ramai pemain berbangsa Jerman sebenar, berkulit putih dalam skuad kebangsaan mereka.

Nagelsmann terkejut dengan laporan seperti ini yang kelihatan seperti rasis. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pemain berkulit hitam bermain untuk Jerman.

Nagelsmann berkata: “Soalan itu sendiri gila, apabila kita sanggup mempersoalkan perkara seperti itu di dalam tv secara terbuka. Saya terkejut.

“Di mana setiap 1 daripada 5 rakyat Jerman mahukan lebih ramai pemain kulit putih bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Kita bermain di Euro dan memberikan peluang kepada semua orang yang ada di negara kita yang mahu bermain untuk negara. Kita bermain untuk semua orang di sini.

“Di Eropah ramai rakyat yang meninggalkan negara asal mereka kerana peperangan, faktor ekonomi, bencana alam.

“Apa yang kita sedang lakukan ketika ini? Kita rakyat Jerman, kita baik baik sahaja sebelum ini hidup berbilang bangsa.

“Namun hanya kerana laporan seperti itu ianya mencemarkan nama baik kita.

“Ianya pelik, kita suka melancong ke luar negara untuk melihat budaya bangsa yang berbeza namun apabila budaya lain itu masuk ke negara kita, kita pula merungut tentangnya. Ianya pelik.

“Jadi saya berharap saya tidak akan membaca lagi laporan mengarut seperti ini di masa akan datang.

“Topik ini tidak penting pun sebenarnya dalam pasukan ini. Dah tentu saya sedar tentang laporan survey seperti itu. Semua orang yang membesar dan bermain bola sepak tahu bahawa perkara seperti ini benar benar tak betul.

Seorang wartawan kemudian menyatakan bahawa survey seperti itu adalah rasis dan Nagelsmann setuju.

“Ya saya setuju ianya rasis dan saya rasa kita semua patut bangun.”

Joshua Kimmich turut membidas laporan tersebut dan menanggap ianya benar benar rasis dan memalukan.

Jerman menjadi pasukan penganjur pada kali ini. Diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai EURO 2024.