Naglesmann Beritahu Muller Dia Yang Bayar Pengadil Aksi Bayern v Madrid

Julian Nagelsmann mendedahkan bahawa Thomas Muller mengadu kepadanya tentang pengadil aksi Real Madrid dan Bayern Munich pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara Juara Eropah.

Muller sebelum ini memang sudah mengkritik pengadil secara terbuka. Dia ketika itu mempertikaikan kenapa pengadil tidak merujuk kepada VAR ketika pengadil membatalkan gol De Ligt pada lewat masa kecederaan.

Muller menyatakan bahawa dia tidak mahu menjadikan pengadil sebagai alasan. Namun tidak boleh menolak hakikat bahawa keputusan pengadil pada hari itu mempengaruhi kempen eropah mereka.

Nagelsmann sempat menganjing Muller. Menyatakan bahawa sebenarnya Nagelsmann sendiri yang membayar pengadil itu bukan Madrid. Nagelsmann berkata”

“Thomas Muller ada mengadu tentang pengadil aksi Real Madrid lawan Bayern. Saya beritahu dia, sayalah yang bayar pengadil hari itu. Agar dia boleh cepat cepat sertai kem pasukan kebangsaan lebih awal.

“Muller kemudian bertanya lagi, maksudnya Bayern la yang membayar untuk tersingkir hari itu? Saya jawab: ‘Bukan, saya pakai duit saya sendiri’.”

Nagelsmann kemudian meminta wartawan tidak terlalu mengambil serius perkara itu. Kerana menurutnya itu cuma gurauan. Yang pasti, ada hikmah untuk skuad kebangsaan apabila Bayern tersingkir awal. Kerana dia boleh memanggil pemain lebih awal.

“Oh ya, sudah tentu sahaja itu satu jenaka antara kami,” jelas Nagelsmann.

Nagelsmann masih percaya kepada kudrat pemain veteran itu untuk Euro 2024 yang dianjurkan di tanah Jerman. Pemain senior lain yang turut dipanggil ialah Toni Kroos yang mengumumkan keluar daripada persaraan antarabangsa beberapa minggu lalu.

Julian Nagelsmann sebelum ini dipecat oleh Bayern Munich dan digantikan dengan Thomas Tuchel. Terdapat idea oleh Bayern untuk membawa pulang Nagelsmann selepas Euro 2024.

Namun Nagelsmann dikatakan sudah melanjutkan kontrak dengan pasukan kebangsaan Jerman. Dan tidak berminat sama sekali mahu pulang semula ke Bayern Munich.

Muller baru baru ini bersama sama dengan Neuer melobi kem Bayern untuk mengekalkan Thomas Tuchel.