Naib Presiden Barca Akui Tak Tahu Nama Pembida VIP Box Dengan Nilai €110 Juta

Naib Presiden Barcelona, Elena Fort dianggap membuat kenyataan pelik kerana menegaskan dia sendiri tak tahu nama pembida VIP Box yang mereka jual baru baru ini.

Elena telah menjadi orang pertama dari kelab yang bercakap secara terbuka mengenai drama pendaftaran pemain yang melibatkan Dani Olmo dan Pau Victor. Di mana Olmo kini boleh pergi meninggalkan kelab itu secara percuma.

Dia juga mendedahkan butiran pertama perjanjian untuk menjual hak VIP Box untuk mengkomersialkan tempat duduk VIP di Camp Nou yang baru diubah suai, perjanjian yang dineterai itu adalah untuk membantu mendaftarkan Olmo dan Victor.

Elena Fort mengakui kepada RAC1 bahawa dia tidak tahu nama pelabur yang telah membeli sejumlah 470 tempat duduk VIP sebaik sahaja Camp Nou dibuka, namun dia percaya mereka adalah dari dua syarikat di Qatar dan Dubai.

Fort turut mempertahankan kelab itu, mengatakan bahawa mereka tidak melakukan improvisasi. . Adalah dipercayai bahawa jumlah nilai perjanjian berjumlah €110 juta.

“Memang benar semua orang mengulas bahawa ada tarikh akhir, tetapi itu gagal dilaksanakan. Ulasan di media sosial dan berita yang kami terima berkaitan Barca adalah tidak adil.

“Penghakiman terdahulu telah dibuat tanpa mempunyai sebarang maklumat sebenar tentang apa yang berlaku. Barca, dari saat pertama kami tiba dan kini dengan pembelian, telah memenuhi semua kewajipan kawalan ekonomi.

“Saya telah mendengar bahawa kami menjual aset secara murah pada saat-saat akhir itu adalah kurang tepat. Jika saya ingat kembali dengan betul, langkah pertama adalah pada pertengahan Oktober, selari dengan operasi dengan Nike.

“Hanya kerana ia tidak dilaporkan tidak bermakna Barca tidak bertindak,” tegas beliau lagi.

Bagaimanapun dia mendedahkan bahawa perjanjian itu sebenarnya bukan untuk penyewaan 20 tahun kerusi tersebut, sebaliknya 30  tahun. Rejim Barcelona sekarang telah dituduh menggadaikan masa depan kelab.

“Ia adalah selama 30 tahun. Kelab ini masih belum pernah dicagarkan, Espai Barca telah membiayai melalui Goldman Sachs dan pembiayaan ini, sebahagian daripadanya, adalah melalui ‘Hospitality’ tempat duduk VIP.

“Sewaan telah dipasarkan oleh kelab dengan kejayaan yang besar, begitu juga dengan kotak VIP.

“Terdapat 470 daripada kerusi tersebut, yang tidak sepadan dengan 5% daripada jumlah keseluruhan, dan perjanjian telah dibuat di mana pelabur ini membeli lesen untuk mengkomersialkannya pada masa hadapan.

“Kos sewa ini, dari €21k hingga €80k, dijamin. Syarikat ini akan membayar jumlah maksimum yang akan diterima, ia memberi hak kepada syarikat untuk mengeksploitasinya, untuk menjualnya atas risiko mereka sendiri. Ia memberikan kestabilan mutlak kepada kelab, perjanjian itu adalah satu kejayaan besar  untuk kami,” tambah Fort.

Dia jugamenjelaskan bahawa La Liga telah mengubah polisi mereka pada perjanjian penajaan Nike, memberitahu kelab bahawa pada mulanya mereka berada di bawah tanggapan ini akan membawa mereka kembali dalam had gaji mereka dan dapat mendaftarkan Olmo dan Victor.

Namun kemudian La Liga tidak menerima perjanjian dengan Nike itu sebagai syarat pendaftaran Olmo dan Pau Victor.

Oleh itu Barcelona telah memutuskan untuk membenarkan penjualan, atau penyewaan tempat duduk VIP tersebut.

Elena Fort menafikan bahawa kedua dua pemain itu gagal didaftarkan kerana kelemahan pengurusan Barca. Sebaliknya mereka sudah lengkap dengan pelan A, B dan sebagainya.

Barca ketika ini sedang bersedia mengheret La Liga dan RFEF ke mahkamah rayuan untuk memastikan mereka dapat mendaftarkan Pau Victor dan Dani Olmo.

Barca pernah mememangi kes serupa sebelum ini di mahkamah rayuan melibatkan Gavi. Mereka yakin akan mengulangi kejayaan itu sekali lagi pada kali ini.